Thursday 24 July 2014

Aidilfitri 2014


Raya yang paling menyedihkan !- No Komen ....sangat menyakitkan dan menyedihkan...

Monday 21 July 2014

Ahah....ni menu spcial angah..


KARI UDANG SPECIAL

500 gm udang (bersihkan)
1 peket cendawan tiram - disiat-siat
5 batang kacang panjang - dipotong 1"
2 camb kerisik
1 peket serbuk kari ikan
5 cawan santan
Garam
1 tangkai daun kari
rempah penumis
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
20 biji cili padi

caranya

1.  Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis dan daun kari
2.  Masukkan rempah kari tumis sehingga naik baunya.
3.  Masukan santan.  Kacau sebentar.
4.  Masukkan udang dan garam.  Biarkan mendidih hingga kuah masak
5.  Masukan kerisik.  Masukkan cendawan kemudian kacang panjang
6.  Biarkan mendidih dan betul-betul masak barulah boleh diangkat.

1. 

Menu kegemaran anak-anak - yang simple jugak

Masak Lemak ketam dan nenas

5 ekor ketam (diersihkan)
1 biji nenas sederhana besar
5 cawan santan dari 1 biji kelapa yang besar
20 biji cili padi
2 " kunyit hidup
2 batang serai dititik
Garam.

Caranya

1.  Kisar cili dan kunyit hidup
2.  Nenas dicelur sebentar dan ditoskan (supaya tidak terlalu masam)
3.  Masukan ketam dan cili yang telah dikisar.  Biarkan mendidih .
4.  Masukan nenas,serai, kemudian masukan santan dan garam secukup rasa.
5.  Bila kuah telah betul-betul masak barulah diangkat untuk dihidangkan

#  Santan mudah berketul (pecah lemak) jika di masak dengan bahan berasid
    seperti nenas.  Masaklah di atas api yang sederhana dengan sentiasa
    mengacau kuahnya.

My Simple Menu...



SAMBAL PETAI UDANG

1 kg udang sederhana besar (dibersihkan)
2 senduk gulai cili kisar + kisar bersama 2 ulas bawang putih+belacan
2 camb air asam jawa
1/2 cawan petai
1 labu bawang besar dihiris
Garam,gula dan serbuk perasa (ikut citarasa masing-masing)
Minyak masak untuk menumis

Caranya

1.  Tumis cili kisar dengan api yang perlahan sehingga cili garing
2.  Setelah itu masukkan gula.  Biarkan sebentar.
3.  Kemudian masukkan garam dan perasa serta air asam jawa.
4.  Masukan  air untuk sebatikan bahan tadi.
5.  Masukan petai.  Biarkan petai lembut sedikit .
6.  Masukan udang dan diikuti dengan hirisan bawang besar.
7. Biarkan sebentar sehingga udang masak dan sambal pekat sedikit.
8. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Simple dan sedap...my style.

Monday 14 July 2014

Cerita biskut raya...

Bercerita tentang biskut raya...satu kisah yang tak akan
angah lupakan...pasal biskut raya...

Along Teh,sepupu angah yang tinggal sekali di rumah atuk.
Dia memang cantik,kulit putih gebu...memang ramai yang
mereng dengan Along Teh.  Cucu atuk yang paling cantik
sekali.  Disebabkan kami tinggal serumah (angah dan adik
Ita) kami memang rapat .  Keinginan untuk menyambut
raya dengan membuat biskut sendiri tu memang la ada.
Cuma peralatan kami tak cukup. Kami tak ada oven,jadi
dengan kepandaian Along Teh,dia gunakan periuk gulai atuk
untuk dibuat oven.  Diletaknya seketul batu-bata yang telah
dibelah 2 di tengah-tengah periuk.  Dibawah periuk dibakar
arang.  Maka dengan semangatnya Along Teh mula mengadun
kuih yang diberi nama Biskut Gadis Melayu...kat dalam
majalah tu biskut tu biskut biasa cuma atasnya diletakkan
gula yang dicampurkan esen merah.  Memang cantik
rupanya. Tugas aku cuma meletakkan esen gula di atas
biskut.  Menguli dan mencetak Along Teh yang buat.
Siap dicetak dibakar di dalam 'oven' ciptaan along.
Bakar atas tutup periuk kecil. Tinggal lagi dua tutup nak
dibakar tiba-tiba batu-bata yang ada dalam periuk tu
terjatuh ke bawah...periuk atuk bolos/berlubang...angah
tak dapat menahan ketawa terus ketawa terbahak.  "Oven"
along dah bolos...hahaha".Maka atuk pun terjeritlah
"Ya Allah Teh....periuk aku...." yang paling angah tak boleh
lupa dengan selambanya along jawab..."dah bolos mak..
batu tu berat..periuk tu dah cair..." sambil tersengih.
Angah tergelak sampai berair mata.."gelak-gelak..periuk
orang dah jahanam kau boleh gelak..." angah tak kira
terus je tergelak."boleh tanam bunga tuk...." jawap angah.
Atuk tersenyum tawar...nak buat macamana...dia faham
keinginan cucunya...

Kisah biskut tu belum habis lagi....malam tu selepas
berbuka datang la anak jiran kami..Abang Itai,
"Teh aku nak rasa kuih kau buat tadi...".  Dengan bangga
nya Along Teh hulurkan kuih tu ...bila sahaja Abang Itai
mengigit kuih dengan muka ala clown..dia bertanya
"Teh apa nama biskut kau ni?".."Biskut Gadis Melayu"
Jawab Along Teh.  "Aku ingat kau tukar nama biskut ni,
Biskut batu-bata baru sesuai..." jawab Abang Itai sambil
tergelak-gelak.  "Cuba kau rasa"...hehehe biskut tu
teramatlah kerasnya.  Kesian along...cepat-cepat ambil
majalah,tengok balik resepi...memang sah salah resepi
Along terlupa nak campurkan tepung jagung...tepung
gandum semata-mata...marjerin pun kurang....
Memang hari tu hari malang kami...sudahlah periuk atuk
bolos...biskut pulak keras macam batu-bata....kesian
Along Teh....kini bukan setakat pernah jadi tauke biskut
along sudah berjaya membuka restorannya sendiri....
Begitulah adanya....bermula dari kegagalan along kini
sudah kukuh berdiri dengan 'SAJIAN RASA KAK TEH".
Tahniah buat along..


Sunday 13 July 2014

The story of Baju Raya....

Ramadhan sudah separuh jalan...bererti kita dah mula memikirkan tentang
persiapan raya.  Terutamanya baju raya, raya tak jadi kalau tak ada baju
baru.... (teori zaman kanak-kanak angah !).

Masa angah kcil dulu...selepas arwah ayah pergi,hari bagaikan tak
raya.  Lepas ayah meninggal,dengan keadaan mak yang kurang
sihat terpaksa lah angah tinggal dengan atuk (nenek) bagi orang Johor.
Atuk angah bukannya orang senang, nak beli baju untuk kami
sorang sepasang (adik dan sepupu-sepapat angah yang lain yang
turut tinggal dengan atuk) tentulah sesuatu yang berat bagi atuk dan
tok ayah.  Mujur Abang Long (abang seayah dengan angah) biasanya
akan mengirimkan sepasang baju untuk angah dan adik setiap
tahun.  Terima kasih Abang Long.  Bila dapat bungkusan dari
posman poyo sekejap ! dapat baju raya la katakan.  Tak kiralah
corak apa yang Abang Long kirimkan...angah pakai je..
Angah masih ingat ada satu baju corak lattern  (lampu kecil)
masak angah kena ejek..."malam nanti boleh ajak dia gi raya
tak payah pakai lampu..kat baju dia dah banyak lampu mesti
terang punya..." sedihnya hati...rasa nak bakar je baju tu. Tapi itu
aje baju baru yang angah ada. "peduli ape orang cakap...kita
kena bersyukur dengan apa yang kita ada...dia orang tu
cemburu sebab baju di tak ada lampu..." mak pujuk angah.
hati kecil masih belum pandai kecil hati masa tu..terus je
bergaya dengan baju hijau corak lattern merah tu....(ko hade?)

Sehingga remaja Abang Long masih menghantar sepasang baju
setiap kali raya. Coraknya ikut aliran semasa,Abang Long tau
adiknya sudah remaja.

Bila sudah bekerja...beraya dengan baju pulak...untuk angah,mak
dan adik.  Sakan dengan baju tetapi dah tak beraya sangat...baju
raya pakai pagi raya,lepas tu tukar t-shirt sebab nak beraya kat
dapur...orang ramai datang ke rumah.  Baju raya jadi baju kerja...

Dah berumahtangga nak sedondon la pulak.  Macam boria Kampung
Pisang...dari hubby,angah sampai le ke anak dara yang tiga orang tu
habis sekayu kain ! hahahaha...

Bila dah berusia...sedondon dah tak main dah...anak-anak dah besar
diorang ada taste diorang sendiri...hubby memang tak minat langsung nak
sedodon ni..so pakai je baju pilihan masing-masing...

Thursday 10 July 2014

Boss perempuan????? oooppss (gile tak fobia..)


Sekadar berkongsi cerita kelat bertugas dengan seorang boss pompuan
Peristiwa kelat itu kalau boleh hendak angah lontarkan jauh-jauh. Namun ianya bagaikan melekat disudut kenangan hidup angah....

Belum pernah  tercatat dalam sejarah hidup angah bertugas di sana sejak mula dilantik diherdik sebegitu Biarpun sebelum dia,ramai lagi boss angah.  Itulah kali pertama angah bertemu insan yang seangkuh dia !.Mengherdik dengan mengertap giginya yang cantik
tersusun dan putih seperti mutiara tu sekaligus menghilangkan kejelitaannya.  Wajahnya tak ubah seperti seekor singa betina yang kena panah ! tak comel langsung ..

Dimusuhi hanya kerana termakan hasutan seorang teman baik (di depan kite).  Sayangnya angah tidak diberikan peluang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan hukuman terus di jatuhkan. ekoran dari peristiwa itu berkali-kali angah di malukan ketika meeting...Tuhan! peritnya untuk bertugas dalam situasi begitu.  Sebagai orang bawahan, mau atau tidak angah terpaksa berkomunikasi degannya.walaupun layanannya teramat menyakitkan hati.  Sesuatu paling menyakitkan dalam hidup bila dikhianati oleh seorang yang kita anggap sahabat ! kerana sahabat semua kesakitan ini terpaksa angah lalui.  Biarpun tidak pernah sekali pun angah melawan namun hati ini tetap tidak dapat menerima perbuatan mereka.  Sukarnya angah hendak memadamkan ingatan tersebut biarpun sudah lama berlalu. Memaafkan dia ??? entahlah.  Bagaimana? setiap kali terlintas dibenak ini namanya...seperti baru semalam angah diperlakukan.  " Patutlah si....polan tu cakap, you yang salah! you yang tak buat  kan?" bagaikan hendak gugur jantung ini bila boss perempuan tu sebut nama sahabat angah tu.  Tak buat kerja tu? sedangkan dia (sabahat angah tu) tahu sebab dan puncanya kerja tu jadi masalah. masalah bagi boss yang tak tau prosedur ! meroyan tak tentu fasal.  Cuba dia bagi peluang untuk angah menerangkan kedudukan ..bukan kah itu sepatutnya seorang boss buat? dengar dari semua pihak lepas tu baru buat rumusan...bukan terus menghukum ! . 

Bertahun angah di tempat itu.  Bekarja dengan penuh semangat dan sangat seronok,sejak dia memerintah segala seperti sudah musnah.  Yang ada setiap kali menghadap komputer hanyalah linangan airmata.   "Cukuplah kak,kau sabar dengan kerenah diorang..akak masih boleh senyum dan berbuat baik pada orang yang tikam akak dari belakang??" unkap seorang teman sekerja yang lain.... Allah itu ada,bukan hak kita untuk menghukum orang...biarlah itu urusan dia dan Allah.  Sehingga angah tercampak di tempat baru ni angkara orang yang sama dan ketua pejabat angah.  Alhamdulillah...angah cari hikmahnya di sini....

Di sini pula,bila diberitahu boss akan bertukar...dan boss perempuan akan mengambil alih
tampuk pemerintahan.....aduh ! fobia gile angah.!! Angah berdoa agar jangan lah berulang lagi sejarah lalu...ayat yang tidak pernah angah lupakan " you keluar dari bilik ni...I tak mau dengar apa-apa dari mulut you..keluaarrr!!!" terasa hinanya angah di mata dia.. Indonesia yang kerja amah pun tak kena herdik seperti angah..(.cuma kena sterika je hehehehe)....Masalahnya itu pejabat bukan dapur kat umah dia..!.  sudah bertahun berlalu.cerita pahit seorang boss perempuan.belum lagi dapat angah lupakan ...belum lagi wahai Puan Z.....! angah tidak berdendam (berdendam biasanya rasa nak membalas....) tetapi angah hanya sukar nak lupakan...mungkin selepas mencurahkannya di sini angah boleh lupakan semua....In Sya Allah

Wednesday 9 July 2014

Menu Sahur kegemaran Keluarga Angah...

Ikan Bilis Goreng Cili Api


Resepinya

2 genggam ikan bilis
20 biji cili padi
sedikit belacan
1 labu bawang besar
Garam dan sedikit kiub ikan bilis
1 keping asam gelugur

caranya- mudah aje

1.Goreng ikan bilis hingga garing
2.Tumis cili padi yang telah ditumbuk bersama belacan
3.Masukan,kiub ikan bilis dan asam keping serta bawang
4.Bila tumisan sudah pecah minyak masukan ikan bilis gaul rata
5.Angkat dan boleh dihidangkan.....

Biasanya menu ini dihidangkan bersama sup sayur dan telur dadar
atau ikan goreng...hidangkan panas-panas.  Bersahur pun macam
makan tengahari...hehehe..

RESEPI KEGEMARAN KELUARGA ANGAH




ASAM PEDAS DAGING

1/2 kilo daging - direbus
20 tangkai cili kering

1 " halia
1" kunyit hidup
Sedikit belacan
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camb kerisik kelapa
1/4 cawan air asam jawa - jangan terlalu pekat (nanti terlalu masam)
1 camt serbuk lada hitam
2 camb serbuk kari
2 batang serai
Garam dan serbuk perasa
10 helai daun kesum
5 biji bendi
2 biji tomato

Caranya

1.  Kisar cili kering,bawang putih ,bawang merah,halia,kunyit dan belacan.
2.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak / keluar minyak
3.  Masukan serbuk kari. Kacau rata .  Biarkan sebentar.
4.  Kemudian masukkan daging beserta stoknya.  Jika stok tadi terlalu sedikit
     bolehlah ditambahkan sedikit air.  Masakan ini tidak boleh terlalu cair.
5.  Masukan serai,garam,perasa,sebuk lada hitam dan kerisik.  Biarkan mendidih.
6.  Bila kuah agak pekat masukan daun kesum,bendi diikuti dengan tomato
7.  Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan...untuk family tersayang..

Anak-anak angah memang suka sangat lauk ni.  Tambahan bila dijadikan juadah berbuka...

Monday 7 July 2014

Kali ini angah nak kongsi lagi resepi pucuk paku jugak...sepupu pucuk midin ! ini resepi kegemaran angah jugak tau...


RENDANG PUCUK PAKU ALA ANGAH.....TU DIA..

1 ikat pucuk paku ( bersihkan)
Isi kerang dari 1 kilo kerang (bersihkan)
30 biji cili padi
2 inchi kunyit hidup
2 keping asam gelugur
2 batang serai
2 camb kerisik kelapa

3 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Caranya mudah aje...

1. Kisar cili dan kunyit kemudian masukan isi kerang ke dalam kuali bersama cili kisar tadi
2. Biarkan mendidih sebentar kemudian .  Kemudian masukkan garam,asam dan serai serta santan
3. Masukan kerisik, biarkan mendidih sebentar,  bila sudah agak pekat barulah masukkan pucuk paku.
4. Jangan masak terlalu lama...nanti pucuk paku terlalu lecuh

Actualy....rendang angah ni memang cukup simple...you know what? rendang ni memang tidak diletakkan bawang dan lain-lain rencah...inilah resepi asli ibu mertuaku.  Omak mentuo angah cakap
kalau rendang cili api tak perlu dicampurkan bawang...nanti lari tune nye...(itu ilmu dia lah kan..) angah belajar masak rendang maman dan rendang yang menggunakan cili padi dari dia la..because I'M JOHOREAN....hahaha..omak mentuo angah dari Rembau most wanted yoooo..
Sekurang-kurang banyak ilmu memasak NS Style dah omak mentuo angah turunkan.
Terima kasih mak....thats why resepi angah sedikit pedas....ikut lidah En.Hubby !

Tuesday 1 July 2014

CERITA MENU RAMADHAN ANGAH....TAHUN NI..

ALHAMDULILAH...RAMADHAN datang lagi. Kali ni Ramadhan yang angah dan keluarga menyambutnya dengan penuh syukur dan sangat sederhana . Tidak ada apa yang special pun,lauk-pauk pun serba sederhana. Cuma yang penting air minumannya aje. Ikut ragam anak-anak. Angah cuba elakkan mereka minum air yang bewarna dan berperisa.Bukannya apa,anak angah yang ke dua tu pernah menghidap AGN kalau boleh elak memang angah elakkan dia dari menjamah makanan yang berperisa dan pewarna...depan angahlah ,belakang angah tak tau lah dia ikut pantang ke tidak.. Angah sediakan pelbagai jus seperti jus epal,orange,timun dan biasanya tembikai laici. Laici pun angah gunakan fresh laychee yang dibeli di pasar tani (macam biasa laici yang terdapat di pasar tani tu tidak semuanya manis (laici murah hehehe..) ,laichi tu dibuang bijinya dan masukkan dalam sirap gula. Simpan dalam fridge. Bila nak makan just ambil je dan campurkan dalam minuman kita atau nak makan terus pun boleh. Cuma carrot juice aje yang angah tak buat..coz my 'baby' tak suka. Paling tidak pun teh'o' ais laici..teh 'o' ais limau. Barli limau..ermm best sekali. Fasal lauk,kami tidak kisah langsung..yang penting ada sayur yang dimasak panas-panas. Sahur pulak very simple. Anak-anak tidak begitu ghairah nak makan ketika sahur. Just goreng nasi, kadang2 buat jemput2 cicah sambal tumis. Teh 'o' panas..wajib !. Tak perlu buat atau beli kuih...sure tak laku punya..membazir je. Anak-anak cuma minum dan makan nasi. Lepas berbuka diorang tak makan ape2 lagi sehinggalah sahur. Tak perlulah macam-macam,untuk bulan puasa ni semuanya tak laku bagi mereka. Dari membazir lebih baik tak payah buat apa2. Sesekali kalau ada kuih yang mereka teringin nak makan baru beli atau dibuat. Kuih favorite my baby bucuk tu kuih pelita. Along cuma suka ayam..ayam dan ayam sahaja!. Angah? belasah nasi sampai kenyang..lepas Isyak lelap sampai sahur. Alhamdulillah...tak perlu lah ibunya ni perah otak nak fikir menu Ramadhan...hubby and my bonda..makan apa sahaja yang terhidang..thats all..lega habis.....(berkepaklah angah !!)hahahahaha..

Wednesday 25 June 2014

Ini resepi kegemaran angah....



Goreng Pucuk Midin


1 Ikat pucuk midin
10 ulas cili padi
2 inchi belacan
10 ekor ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam dan perasa

Cara memasaknya

1. Bersihkan pucuk midin
2. Tumbuk bawang,cili ,ikan bilis dan belacan
3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai terbit minyak
4. Masukan garam secukup rasa (jangan banyak sebab belacan dan bilis dah masin)
5. Masukan perasa (jika suka) seterus masukan pucuk midin.
6. Hidangkan panas-panas....mmm sedapnye..

Friday 30 May 2014

SUATU KETIKA DULU....MUSIM BUAH-BUAHAN

Pernah rasa mempelam kampung tak? rasanya masam-masam manis walaupun sudah masak. Sewaktu angah masih bersekolah dulu,selalu juga ambil mempelam ditepi padang sekolah. Jamal bin Jamil,seorang sahabat yang selalu tolong panjatkan mempelam tu. " kumpul dulu nanti kita bagi sama-sama" pesan jamal sebelum mula memanjat. Bila berada atas pokok mempelam,Jamal mula mengegar dahan mempelam menyebabkan buah-buah yang telah masak berguguran. Tugas angah dan Norliah Kadir mengutip dan mengumpulkan buah-buah tersebut. Sambil mengumpul angah pun memasukkan buah yang baik2 dan masak ranum ke dalam beg,bila Jamal turun mengira semua buah yang ada kemudian di bahagi kepada 3 bahagian angah ambil lagi..hmmmm tukang panjat dapat 1 bahagian dan tukang mengumpul pulak untung sekali ganda ! kesian Jamal ! rupanya Norliah pun sama manyembunyikan buah mempelam sama seperti angah....hahaha..itu masa kami kecil...rasa tamak tidak dapat dielakkan...maafkan kami Jamal...kalau kau tau masa tu...pasti kami hanya dapat pandang je mempelam yang masak...mati balik hidup pun Jamal tidak akan tolong panjatkan... PERNAH JATUH DARI POKOK MANGGIS ! Rasa macam mimpi! tau-tau je dah sampai ke tanah...pagi tu angah dengan sepupu mak yang umurnya sebaya angah panjat pokok manggis di belakang rumah Tok Bik jiran angah. Sebaik sahaja terlihat buah2 yang telah masak bergayutan di hujung dahan angah lupa dunia kejap. Tak hingat..petik buah sehingga lupa bahawa kita ni tak ada kaki yang boleh mencengkam atau ekor yang boleh berpaut ! maka angah pun gugurlah ke bumi. Sepupu mak, Lok, pun terperanjat beruk!...semuanya berlaku sekelip mata..." aku ni jatuh ke Lok?" sebuah pertanyaan bodoh terlontar dari mulut angah dalam keadaan panik . " Takkk kan ke kau turun elok2 tadi.." jawab Lok selamba..."eh bukan ke aku naik kapal terbang tadi" jawabku sambil tergelak besar... "ye la..memang kau naik kapal terbang..tapi dah langgar pokok manggis ni" kami tergelak di bawah pokok manggis walaupun punggung angah rasa macam dah remuk dek sakitnya. BUAH RAMBAI PUNYA CERITA...... Pernah makan buah rambai?.....ha..buah ni memang angah fobia nak makan sehingga kini..takut sekali. Masa angah sekolah rendah dulu memang suka makan buah rambai..dah tak ada pilihan lain.. itu aje yang ada..anggur,apple,laici semua itu hanya dalam mimpi orang yang tak punya seperti kami. Arwah Tok Ayah memang rajin mencari buah-buah nadir yang ada di hutan sekeliling kampung kami. Selalu juga Tok Ayah bawa balik buah Tampoi,rambai,keranji dan beberapa jenis buah yang lain yang angah pun dah lupa namanya.Berbalik pada cerita buah rambai tadi..musim rambai datang lagi..telan rambai banyak-banyak lepas tu berlari,melompat..main kejar-kejar. Al kisahnya,malam tu rasa nak ke tandas..tandas pula jauh di belakang rumah,terpaksalah ditemankan oleh sepupu angah temasuklah Cik Lok tadi...malangnya hajat tak sampai sebab 'orang dalam ' susah nak keluar,,biarpun perut memulas giler ! sampai meleleh airmata tapi tetap tak nak keluar..cuba paksa keluar ..maka tercederalah ..sejak itu angah tak pernah nak sentuh buah yang bernama rambai tu lagi..siksa nak buang hajat !

Sunday 25 May 2014

KENANGAN LAGI....

Berjaga lagi tengah malam ni...sebab tunggu air yang sejak pagi tadi terputus bekalan...tanpa amaran bekalan air terputus..maka tunggang terbalik lah rumah angah hari ini...berjaga malam ini perut pun minta diisi lagi... Sebut pasal makan ni..sekarang ni terlalu banyak makanan yang disumbatkan ke dalam perut kita...sehingga mengundang pelbagai jenis penyakit. SUATU MASA DAHULU...makanan tidak lah kekurangan tetapi DUITNYA yang kurang...kuasa untuk membeli tu yang menjadi masalahnya...maka,makanlah kami apa yang ada di sekeliling dan apa yang termampu sahaja. Sebut mengenai makanan...dulu angah tidak pernah tau apa itu pizza,fried chicken...kenny rogers..steak dan macam-macam lagi fast food yang lazat lagi berkolesterol ! kami cuma tahu makan nasik,nasik dan nasik...nasi goreng,nasik lemak ,nasik dagang,,,kalau nak lain sikit mee goreng atau behoon goreng...nak lagi glamour makan lah mee kari,laksa atau lontong...itu pun masa hari raya je...ayam? cuma ayam kampung yang atuk pelihara...telor pun telor ayam kampung..kami tak ada salad...cuma jelatah atau kerabu. Snek kami kerepek pisang,kerepek ubi,sukun dan juga keledek yang disagat sendiri dan bahan mentah itu semuanya ditanam sendiri. Dulu, kerajaan ada melancarkan 'projek buku hijau' di mana penduduk kampung di beri peluang menyertainya dengan membuka tanah baru dan bercucuk tanam apa yang mereka rasakan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Tok ayah ada meneroka sebidang tanah, ditepi sungai di hilir kampung, atuk pula bertanam padi huma atau padi bukit yang tidak memerlukan paya. Tanaman padi disulami dengan tanaman jagung,labu,bayam ,ubi,tebu,kacang tanah,kacang panjang,kunyit dan bermacam-macam lagi...paling tidak pun kami tidak perlu membeli keperluan tersebut kalaupun hasil tanaman tidak dijual. Antara sebabnya kami semua suka makan sayur ! kalau nak ikan hanya perlu hulurkan pancing di tepi danau...dapatlah sekali mengulai..semua itu buat angah terfikir,mengapa atuk sihat sehingga ke akhir hayat. Atuk tidak ada sakit seperti kami hidap sekarang...tidak ada diabates,darah tinggi dan panyakit yang seangkatannya...mungkin berkaitan dengan cara pemakanannya...minum air perigi...makan sayuran dan ikan yang tidak tercemar bahan yang beracun. Kini corak kehidupan di kampung angah banyak yang berubah...semua yang angah sebutkan itu sudah tidak ada...makanan segara pun ada dijual di sana...so,anak-anak sekarang cuma kenal berger dari jemput-jemput dan pizza dari lempeng....zaman dah berubah..kita pun berubah juga akhirnya...

Thursday 1 May 2014

SUATU WAKTU DAHULU...

Angah update blog ni di waktu dinihari...melayan mata yang enggan terlena...nyanyian cengkerik cukup mendamaikan ..kalau dulu bunyi cengkerik dan unggas malam amat menakutkan...mangimbau kembali zaman kecil angah dulu...waktu maghrib semua anak kecil sudah masuk ke dalam rumah...berteman cahaya pelita yang meliang liuk di hembus bayu malam menyebabkan mata turut layu dek kesuraman cahaya...lepas mengisi perut sekadar yang ada..apa lagi masing-masing pun macari bantal untuk terus beradu berselimutkan kedinginan malam...tambahan pula terlalu banyak irama malam yang adakalanya mengasyikkan dan adakalanya menyeramkan...pekikan burung hantu dan burung pungguk saling bersahutan..seskali sang ungka melolong sayup dipinggir hutan. Kata tok ayah ungka terlihat pak belang lalu di bawah pohon tempat mereka beradu. Mungkin juga...seingat angah,banyak sudah burung malam yang tidak berbunyi lagi sekarang..kemana mereka? rindunya angah pada suasana dulu.kalau dulu terdengar bunyi burung 'kwang kwik' hampir semua kanak-kanak ketakutan tambahan pula dimomok-momokkan oleh orang tua-tua supaya kami tidur cepat. Kwang...kwik..kwik..kwik..kwik...bunyi yang memanjang dan sayup di atas pohon tinggi...disahut pula dengan suara burung hantu yang bagaikan menyergah bunyinya...berlatar belakangkan suara burung tukang yang tidak henti-henti berbunyi sejak dari senja....kesunyian malam terisi dengan suara alam yang saling bersahutan...akhirnya kami terlena dibuai mimpi. Lena diulit mimpi akan menjadi mimpi ngeri bila terasa nak buang air...manakan tidaknya tandas nun jauh di belakang rumah ! aduhai...terpaksa mengejutkan orang lain untuk menunaikan hajat itu...berbekalkan pelita corong dan sekotak mencis menyusur ke belakang rumah dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur...antara 'hajat' dan ketakutan ...paling menyiksakan adalah orang yang diluar tandas yang menemani orang lain yang menunaikan hajat...yang menunaikan hajat sudah tentulah di dalam tandas..tetapi orang yang diluar menganggung siksa di dalam gelap dan suasana malam yang serba menakutkan... Kami tidak ada tv mahupun radio ketika itu...selepas menyiapkan kerja sekolah kami pun tidur..yang pastinya kami akan berasa segar dan cergas keesokan hari kerana kami cukup tidur dan rehat ! tidak seperti anak sekarang,waktu tidur berkurangan..kalau tidak menonton tv...leka dengan handset..yang menyebabkan kurang tidur..maka di sekolah tidak dapat fokus dengan apa yang diajar..mengantuk dan lesu Masa angah kecil..angah dan bebarapa orang sepupu angah tinggal di rumah atuk dan tok ayah. Maha Besar ALLAH..rumah atuk cuma beratap rumbia..berdindingkan kulit kayu kepong...berlantaikan papan..bila dinihari kami mengerikot kesejukan...Aircond semula jadi kurniaan Allah S.W.T..sejuk dan nyaman..manakan tidaknya di bahagian atas antara atap dan dinding tidak ditutupi dengan apa-apa..jagi angin malam menerobos masuk membawa kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang. Mak Nina (Sepupu mak angah) yang tinggal dengan atuk sejak kecil memang rajin mengemas rumah atuk..dinding kulit kepong tu Mak Nina tampalkan dengan surat khabar...jadi macam-macam berita boleh di baca sambil berbaring ! hahahaha.... Dan awal pagi kami dihiburkan dengan kokokan ayam dan nyanyian burung-burung pagi yang mendamaikan perasaan dan bayu pagi yang menyegarkan. Seingat angah..tok ayah suka mendi embun. Masa tu angah tidak pernah bertanya tok ayah kenapa dia sering berbuat begitu...agaknya kalau sekarang angah nak mandi embun macam tok ayah kena fikir 300 kali..sebab embun sekarang tidak sama dengan embun suatu ketika dahulu....confirm dapat sakit kulit kalau sekarang nak mandi embun...barapa banyak bahan kimia yang terlarut dalam embun yang menitis sekarang ini..

Wednesday 30 April 2014

Rindu nak update blog...

Salam sejahtera semua....kesuntukan waktu buatkan Angah hilang ilham untuk blog Angah ni...walhal banyak sekali peristiwa yang hendak Angah kongsikan...nanti bila punya kelapangan Angah kongsikan dengan semua...ok bye ! Tak sabar nak tunggu Ramadhan menjelang...semoga Allah mengizinkan kita semua dapat bertemu Ramadhan sekali lagi dengan kesihatan yang baik..Amin..

Monday 24 February 2014

Tahun 2014 bermula dengan kamarau panjang....

Tahun 2014 disambut dengan kemarau panjang...teringat Angah suatu masa dulu...musim kemarau menjadi musim pesta menuba ikan...dimana selain dari mendapat ikan yang banyak...ikatan ukhwah juga dilihat sangat rapat. Bermula dari mencari akar tuba hinggalah susu tuba dicurah ke sungai semua dilakukan dengan kerjasama oleh kaum adam di kampong kami, Sebaik sahaja susu tuba dicurahkan sorakan gembira kedengaran kerana sebantar lagi ikan pasti memenuhi raga...berebut-rebut menangkap ikan yang besar...merupakan saingan yang menyeronokkan...

Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru....2014

Beralih tahun bertambahlah umur kita...semoga kedatangan tahun baru memberikan sinar baru dalam kehidupan kita..dengan Hidayah Mu Ya Allah aku berharap aku serta seluruh keluargaku terutama Suamiku,ibubapaku khususnya anak-anakku dilindungi Allah dari segala perkara-perkara yang tidak diingini..dijauhkan Ya Allah dari godaan syaitan,fitnah dunia dan akhirat..tetap dan kuatkanlah iman kami semua dan semoga diampunkan Allah segala dosa kami dan dikurniakan kesihatan yang baik,akal fikiran yang waras dan kesejahteraan dunia dan akhirat..dan juga dimurahkan rezeki kami..Amin..Ya Allah..
MY LOVELY FAMILY AND ME....