Tuesday 12 February 2013

Terkenang zaman kanak-kanak Angah dulu,Angah ni pelik sikit.....Angah suka jalan-jalan tepi belukar,melihat burung-burung ,suka dengar bunyi burung berkicau...Angah rasa tenang dan damai. Selepas ayah Angah meninggal Angah tinggal dengan atuk bersama beberapa orang sepupu Angah iaitu Along Teh,Ijat,Mie,Ita...Ijat suka lastik burung,dapat burung dia akan sembelih (kadang-kadang sampai terputus kepala burung tu). Biasanya dia akan dapat burung merbah dan burung kelicap yang selalu terputus kepala bila disembelih tu burung kelicaplah sebab burung tu kecik sangat.. Masa tu tak tau apa-apa kan..kami goreng lepas tu makan...hehehe...sedap tu !. Teringat juga Angah masa umur Angah enam belas tahun dulu...masa tu tanah arwah ayah ditanam semula,sementara pokok-pokok getah kecil atuk tanam bermacam-macam sayur, ada ubi kayu,labu,bayam,maman,jagung, terung,petola,timun,keledek dan macam-macam lagi lah kebetulan tanah kebun memang cantik ,tanahnya berpasir loam sesuai untuk pelbagai tanaman tapi tak berapa sesuai untuk tanaman getah kot..sebab tu getah mudah tumbang..dan Angah pulak kena menjaga tanaman tersebut. Ada sebuah pondok kecil yang Tok Ayah buat..pondok kecil beratap rumbia. Angah tak pernah menyesal kerana terpaksa menjaga tanaman seorang diri..kerana jiwa Angah memang seronok begitu, masa remaja Angah tidak seperti anak-anak muda sekarang. Duduk di pondok kecil seorang diri dari pagi hingga ke senja. Ketika itu tidak terfikir akan bahayanya jika seorang gadis seperti Angah sendirian di tengah-tengah kebun getah. Atuk dari pagi sudah ke pekan untuk bekerja sebagai tukang masak di kedai mamak. Along Teh sudah pun bekerja begitu juga Ijat. Bila telah remaja mereka kembali semula kepangkuan keluarga . Tinggallah Angah dan adik Ita. Dia masih kecil lagi. Ketika tu, budak-budak lelaki tidak lah nakal. Mereka tidak pernah menganggu waktu Angah sendirian di kebun. Masa sendirian di kebun Angah banyak menghabiskan masa dengan membaca novel dan majalah (Ketika tu cuti panjang hujung tahun). Radio tak ada,cuma dihiburkan dengan nyanyian burung disekeliling kebun. Maha Besar Allah..suasana begitu cukup mendamaikan jiwa. Masa remaja Angah tak sehebat remaja sekarang. Terlalu banyak hiburan..ada tv,radio,handset. Wayang? tak pernah sekali kaki Angah mencecah ke panggung wayang..pertamanya atuk angah tak pernah izinkan kami ke situ...keduanya sememangnya kami tak mampu. Biasanya kalau sudah penat membaca Angah akan menulis sesuatu. Apa sahaja yang terlintas di fikiran akan Angah tulis. Semua itu kenangan indah yang tak bisa diraih kembali...Justeru itu Angah ingin abadikan kenangan Angah di sini..Angah bahagia bila mengingatkannya kembali ....

Tuesday 5 February 2013

Kenanganku

Menikmati secawan kopi sambil melemparkan pandangan ke luar jendela.....di luar hujan renyai-renyai,suasana begini sudah pastinya mengundang seribu kenangan silam... Zaman kecil Angah dulu kalau hujan begini pasti lah juadahnya rebus ubi dan kopi panas..cicah sambal tumis..fuhhh...tak ingat dunia dibuatnya !..Adakalanya atuk rebus pisang mengkal biasanya pisang nangka ..rebus sampai empuk kemudian dimakan dengan kelapa parut yang dicampur gula dan secubit garam. Pergh ! masa tu kami x pernah dapat makan mee segera..makan apa sahaja yang ada ditanam oleh atuk Angah disekeliling rumah. Tak pakai racun serangga pun..(That's why..my grandmom tu panjang umur !). Kadang-kadang makan rebus ubi dengan ikan masin..alamak tak boleh lupa semua tu. Sekarang ni,semuanya mudah,segera dan sedap (sebab dicampur berbagai perisa)...termasuk anak-anak Angah yang terlalu gemarkan mee segera !. Sekarang nak dapatkan ubi kayu pun susah,kalau adapun harganya agak mahal sikit.Makanan berasaskan ubi akan dipelbagaikan..(maklumlah hari-hari ubi !) lepas rebus atuk goreng,besok pulak buat pengat,lepas tu buat lepat,buat ubi ketuk,opak-opak ubi,tapai ubi,bingka ubi last-last kerepek ubi. Angah paling suka kerepek sira gula,lebih-lebih ubi rebus yang tak habis makan..atuk hiris halus-halus,jemur kering,digoreng dan di sira...(boleh jadi kuih raya lagi.....)kerepek pedas tu biasa la... Okay nanti Angah cerita lagi ye..

Monday 4 February 2013


Inilah salah satu danau yang ada di kampung Angah...biarpun tak seindah Danau Toba ,namun ia cukup mendamaikan jiwa ...angah balik kampung minggu lepas, saja bawa anak-anak memancing..riangnya anak-anak angah..angah pulak just duduk di bawah pokok yang rendang...menikmati keindahan yang dah sangat lama angah tinggalkan...dulu di sekeliling danau ni hutan tebal..nak memancing kat sini kena ramai-ramai..kalau tak nanti sama-sama lepak dengan pak belang !...tapi sekarang semuanya dah musnah,keliling danau ni tak tak ada hutan lagi..yang ada cuma pokok sawit..belukar hanya di sekeliling tebing danau ni saja..walaubagaimanapun ianya masih tenang lagi menenangkan....
Hari ni hujan lagi...rahmat Allah (makbul doa pohon-pohon yang kepanasan setelah hampir 2 minggu tak hujan)... hujan-hujan ni selalu mengingatkan angah masa kecil dulu...paling happy bila musim tengkujuh..boleh  main hujan....suka tengok banjir.  Tak pernah terfikir apa-apa selain dari seronok...bila dah dewasa ni baru angah tau kenapa atuk angah selalu mengeluh...ketika itu rezeki kami dari hasil getah..hujan yang berterusan merupakan satu ujian getir buat atuk ..manakan tidaknya banyak mulut yang nak disuap..Along,Angah,Rohai,Mie,Ita mak angah yang tak sihat...besarnya jasa atuk pada angah dan kami semua...semoga Allah memberi balasan yang terbaik buat arwah Atuk Munah dan Arwah Aki Bidin..banyak kenangan yang nak angah kongsikan dengan kalian ..kenangan semasa angah kecil dan remaja di kampung angah...
Asallamualaikum...
Ha...ini kali pertama Angah nak try jadi Blogger !.  Baru nak belajar ni...kalau Angah silap harap adalah orang yang nak tolong Angah perbetulkan ye...kalau boleh blog ini Angah nak kongsikan kenangan silam Angah sewaktu dulu. Angah ingin abadikan serta berkongsi kenangan yang terindah (yang indah sahaja..yang pahit biar tetap dilipatan hati Angah)bagi Angah kisah silam adalah kenangan yang tak boleh dilupakan begitu sahaja....