Tuesday 5 February 2013

Kenanganku

Menikmati secawan kopi sambil melemparkan pandangan ke luar jendela.....di luar hujan renyai-renyai,suasana begini sudah pastinya mengundang seribu kenangan silam... Zaman kecil Angah dulu kalau hujan begini pasti lah juadahnya rebus ubi dan kopi panas..cicah sambal tumis..fuhhh...tak ingat dunia dibuatnya !..Adakalanya atuk rebus pisang mengkal biasanya pisang nangka ..rebus sampai empuk kemudian dimakan dengan kelapa parut yang dicampur gula dan secubit garam. Pergh ! masa tu kami x pernah dapat makan mee segera..makan apa sahaja yang ada ditanam oleh atuk Angah disekeliling rumah. Tak pakai racun serangga pun..(That's why..my grandmom tu panjang umur !). Kadang-kadang makan rebus ubi dengan ikan masin..alamak tak boleh lupa semua tu. Sekarang ni,semuanya mudah,segera dan sedap (sebab dicampur berbagai perisa)...termasuk anak-anak Angah yang terlalu gemarkan mee segera !. Sekarang nak dapatkan ubi kayu pun susah,kalau adapun harganya agak mahal sikit.Makanan berasaskan ubi akan dipelbagaikan..(maklumlah hari-hari ubi !) lepas rebus atuk goreng,besok pulak buat pengat,lepas tu buat lepat,buat ubi ketuk,opak-opak ubi,tapai ubi,bingka ubi last-last kerepek ubi. Angah paling suka kerepek sira gula,lebih-lebih ubi rebus yang tak habis makan..atuk hiris halus-halus,jemur kering,digoreng dan di sira...(boleh jadi kuih raya lagi.....)kerepek pedas tu biasa la... Okay nanti Angah cerita lagi ye..

No comments:

Post a Comment