Wednesday 17 April 2013

Sekarang dah sampai musim panas kot...cuaca agak panas dan berangin...tetapi bila dilihat ke langit..Alhamdulillah..sungguh menakjubkan...langit biru terbentang luas tanpa sempadan..kelompok awan yang pelbagai bentuk menghiasi dada langit..Subhanallah !! Sewaktu angah kecil dulu musim panas ni ada pesta menuba ikan di sungai. Masa tu orang kampung sepakat menuba ikan bersama-sama. Bermula dari mencari akar tuba ,mengetuk dan memerah akar tuba semuanya di buat bersama-sama. Awal pagi orang kampung akan berkumpul di tebing sungai, sebelum bermulanya upacara menuang susu tuba ke sungai. Masing-masing telah bersiap sedia dengan pelbagai peralatan. selepas tuba di lepaskan tidak lama kemudian ikan akan timbul sebab matanya pedih dan 'pening' kot...seperti acara pesta tahunan,masing-masing sibuk mengejar ikan yang mengilir..tangkap mana yang dapat..rezeki masing-masing..angah cuma dapat ikan kecil sebab tangan angah masa tu sangat kecil. Sesuatu yang tidak boleh angah lupakan..kena sengat ikan 'lepu' masa menuba ikan..waduh ! macam nak pengsan rasanya ! bisa giler tu..anyway anak-anak angah tak merasa kemeriahan itu...orang sekarang lagi brutal..ikan pun kena bom.... mati terkejut kawan tu !