Tuesday 26 April 2016

AKU DAN ASIAH

Pada Tahun 1988...angah diarahkan bertukar tempat kerja..sudah pasti sedih rasa dihati ini.
Angah sayangkan tempat kerja lama..pada Kak Amar dan kawan-kawan yang lain..tapi apa boleh buat ini sudah arahan mahu tak mahu angah terpaksa berangkat ke daerah ini.  Waktu itu daerah ini jalan raya masih berinai debu...bekalan elektrik pun masih belum ada..bekalan air sudah ada tetapi selalu tidak berair.  Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sini..angah di perkenalkan pada seorang bakal rakan serumah oleh Abang Ali kerani di tempat kerja baru...Ini Asiah..nanti kau boleh tinggal dengan dia dan seorang lagi kawan Kak Norsiah...

Hati berdebar untuk tinggal serumah dengan orang yang tidak pernah aku kenal...melihat wajahnya hati mulai tenteram..senyumannya membayangkan dia sangat ikhlas..kami sebaya..tapi Asiah hanya tua beberapa bulan aje dari angah...

Asiah...seorang kawan yang memang tidak ada tandingannya.  Hari-hari bersama Asiah angah selalu senang dan gembira.. Asiah lucu orangnya. kami berdua memang gila-gila sikit.  Angah dengan Asiah memang suka merapu dan kami akan gelak sama-sama.  Keceriaan Asiah turut menceriakan hidup angah, walaupun banyak kisah pedih yang angah lalui.  Ada-ada sahaja cerita lucu t kami.

Asiah merupakan teman rapat angah..tempat angah.berkongsi cerita,masalah 
Dia seorang yang lemah lembut..walaupun begitu dia seorang yang lucu..menghiburkan hati Angah..antara kenangan yang tidak pernah angah lupakan..kisah makan limau manis..duduk di atas tangga kuarters kami lumba pancut biji limau ..siapa yang lebih jauh..kemudian kami akan tergelak-gelak gelihati..seperti kanak-kanak keriangan....
Kak Norsiah tak pernah ambil pusing perangai kami berdua...lantak korang lah..Kak Norsiah ni sentimental orangnya..sering menyendiri..mungkin dia lebih matang dari kami..

Hampir kesemua adik beradik Asiah angah kenal...semuanya baik-baik belaka. Kesemuanya mesra alam.  Angah selalu ke kampung Asiah..kenal arwah emaknya dan arwah ayahnya...Kak Ruziah terus berhubung sehingga kini.....

Sebuah insiden yang menjadi catatan sejarah dalam persahabatan kami..satu malam dihari raya....malam tu angah ,Asiah ,Kak Ruziah dan adiknya Zaiti berhari raya ke rumah saudara  mereka di kampungnya..rumah saudaranya tu agak jauh sikit dari rumah arwah orangtua Asiah.  Kebetulan malam tu bulan terang,kami pun berjalan kaki ke rumah saudaranya tu..
malam tu ada rancangan hiburan di tv yang menampilkan arwah Saloma menyanyi..keadaan arwah Saloma ketika itu sangat uzur..dengan matanya sangat cengkung..beliau sakit ketika itu..menatap wajah arwah yang sedang menyanyi Kak Ruziah berbisik ditelinga angah.".Sham lain macam pulak muka dia kan..".angah pandang muka Kak Ruziah..dia senyum...rasanya angah faham maksudnya..

Lepas beraya kami pun berjalan balik ke rumah Asiah...dalam perjalanan tu kami terpaksa melalui tanah perkuburan sebelum sampai ke rumah Asiah... mula-mula kami berempat berjalan perlahan sambil berpegangan tangan...'jalan je tau jangan lari...' kata Kak Ruziah
kami semua senyap..memendang ke arah kubur yang kelihatan memutih batu nisannya..
'tak lari' jawab Zaiti dengan langkah semakin laju..entah bila masa masing-masing mula bukak langkah seribu termasuk angah...dari jauh dengar suara Asiah memanggil..
' tunggulah den...den tak boleh jalan lagi..." kami terhenti dan berpatah balik mendapatkan Asiah...'kanapa tu? ' tanya angah..serak-serak suara Asiah menjawab..'ko tinggal kan den..den takut..'..angah tarik tangan Asiah..'dah jom"..."tak boleh..sambil dia menunjuk ke arah bawah....'Ya Allah...ko Siah".....

Sampai di rumah Asiah...dia terus memanggil abahnya meminta tuala. "Apo kono ey tu?"
tanya abahnya.."Den tekoncing dalam kain Bah.." jawab Asiah selamba..kami yang sejak tadi senyap terus tergelak besar bila abahnya berkata "huh ! tak senonoh !" sepanjang malam kami terus tergelak dengan diselang seli dengan cerita lucu yang lain...setiap kali syawal menjelma ingatan Angah pasti mengawang pada kenangan bersama Asiah dan keluarganya...Angah sayangkan dia..cuma waktu membataskan untuk kita bertemu selalu..Pada Asiah dan keluarganya..terima kasih kerana sudi menerima kehadiran Angah..dengan ikhlasnya...semoga Allah memberkati kalian semua..

Sebenarnya banyak lagi kenangan indah angah bersama Asiah..yang masih belum dapat di kongsikan di sini...Asiah...kita sudah sama-sama tua kan..cepatnya masa berlalu..dari remaja hingga kini Asiah sahabatku yang terbaik...tq sahabat..


Monday 11 April 2016


Mandi di Sungai Kampung Awat bersama Lela,Diah dan anak-anaknya ,suami dan anak-anak perempuanku............happy.


                                                                                                                         
 Mengimbau kembali kenangan sewaktu angah remaja...ke sungai mandi manda

Kali ini angah sengaja membawa suami dan anak-anak untuk merasai keseronokan mandi sungai dan mencari kijing di dalam sungai...

Betapa seronoknya mereka meneroka sungai...biarkan mereka merasa betapa indahnya desa..tenang dan damainya di pinggir sungai yang mengalir tenang...

Namun kini ..semuanya telah berubah...akibat kerakusan manusia mencari harta dan ringgit
tiada lagi pohon besar yang merimbun di tepi sungai..tempat berteduh..semuanya telah diragut tanpa belas kasihan ..yang ada semak belukar yang tumbuh meliar..

Panas mentari hangat membakar tubuh..tiada pohon untuk berteduh, angin semilir membawa hawa panas dari tanah lapang yang telah dibotakkan..  Kesian kampungku...

Sengaja angah balik malam hari tu, nak dengar bunyian unggas malam...sayangnya tidak ada langsung bunyian malam..waima cengkerik pun senyap sepi.. Ke mana kah mereka semua?
membawa diri lebih jauh lagi..tapi ke mana?..keliling kampung ini sudah tiada hutan tempat mereka berlindung..tempat mereka mencari sesuatu untuk mengisi perut mereka....semuanya sudah musnah..tiada lagi pokok keruing,kempas,bungor berbunga unggu..kepayang dan macam-macam lagi..semua sudah tumpas di tangan mereka yang rakus...

Burung hantu pun sudah lama menghilang..cecawi jugak sudah tiada,burung pungguk hampir angah lupa bagaimana nyanyiannya..haiii..sedihnya rasa.  Rindu pada nyanyian alam..riang-riang pun sudah pupus agaknya...anak-anak angah tidak pernah merasa keriuhan unggas malam...agaknya kalau ada
sudah pastinya mereka akan ketakutan...maklumlah cecawi kalau berbunyi..kwang kuik kuik kuik kuik..berulang-ulang di sepi malam..sang burung hantu berbunyi dengan suara paraunya umpama menyergah ditengah malam..semuanya sudah tiada...

Yang tinggal hanyalah kenangan dan kerinduan pada semua itu...malam..gelap dan sepi...
mampukan semua keriangan alam ini kembali semula...entahlah Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....

Friday 8 April 2016

Kenangan buat kawan-kawan sepermainan

Sudah lebih setengah abad rupanya umurku.  Alhamdulillah semua itu kurniaan Allah.  Syukur ya Allah...aku masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini.  Syukur Ya Allah Engkau masih meminjamkan aku kesihatan.  Aku bersyukur atas semua kurniaanMu.

Blog ini sememangnya angah buat untuk mengabadikan semua kenangan yang pernah angah lalui.  Sekadar untuk berkongsi kenangan sewaktu dulu.  Dulu angah bukannya orang senang..hidup sangat sederhana di kampung yang di panggil Kampung Awat,Batu Anam,Segamat,Johor.  Sebuah kampung yang kecil tetapi bukanlah terpencil.  Jauhnya hanyalah 7 batu ke Pekan Batu Anam dan lebih kurang 7 batu juga ke Pekan Gemas.  Dulu memang lah susah nak keluar,sebab keluarga angah tidak punya kenderaan...motor buruk pun tak ada.  Selalu melalui Pekan Batu Anam sebab nak ke Sekolah Menengah Batu Anam.

Untuk ke sekolah, terpaksa keluar awal pagi,selepas subuh kami dah mula menunggu bas sekolah kepunyaan Ayah Wok.  Ayah Wok ni seorang yang baik dan pendiam.  Macam-macam ragam kawan-kawan di dalam bas dia hanya diam sahaja.  Tidak pernah berkasar dengan kami walaupun kadang kala riuh rendah dalam bas tu macam sarkas...

Walaubagaimanapun angah pernah kena tinggal dengan Ayah Wok sebab terlambat keluar dari sekolah agama.  Ayah Wok ingat kami saja nak berlenggah..yang sebenarnya Ustaz Marzuki yang tahan kami disebabkan ada membuat kesilapan.  Apa lagi kenalah angah dan kawan-kawan balik jalan kaki,,dari sekolah balik ke kampung.  berbekalkan dua plastik air sirap yang dikongsikan dengan kawan-kawan yang lain.  Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kami yang seramai 7 orang.  Berjalan kaki melalui estet yang sangat gelap dan sunyi. Mujur masa tu tidak ada Bangla atau Myanmar yang menghuni estet.  Waktu tu kami masih anak-anak remaja,masih kuat berjalan walaupun penat giler. Kami yang seramai 7 orang terdiri dari 4 lelaki dan 3 perempuan. Hampir jam 9.00 malam baru kami sampai ke rumah.  Mak dan atuk mula membebel kerana menyangkakan aku dan kawan-kawan saja-saja keluar lambat.  Setelah diterangkan barulah mereka faham dan merasa agak kesal dengan tindakan Ayah Wok meninggalkan kami.  Itulah pengalaman yang paling tidak boleh angah lupakan.  Alahamdulillah malam itu bulan terang..maka tidak menjadi masalah untuk kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.  Kami sepakat,jika ada kenderaan yang lalu kami mesti lari menyorok takut-takut nanti orang jahat yang lalu.  Cadangan itu dibuat memandangkan kami ada pelajar perempuan seramai 3 orang termasuk angah.  Setiap kali nak cahaya kenderaan kami akan lari menyorok di belakang pokok kelapa sawit.

Cuma maaf angah lupa siapa nama-nama kawan-kawan yang bersama angah ketika itu.  Mak dan atuk sudah tak henti menangis.  Namun apa daya mereka..sebab rumah kami tidak ada orang lelaki pun yang hendak diharapkan untuk mencari angah dan kawan-kawan.  Adalah dua atau tiga orang pemuda kampung yang menolong menyonsong kami..namum seorang pun tidak berjumpa kami..sebab kami sepakat menyorok.
Alhamdulillah kami selamat semuanya.  Dalam keadaan begitu,angah bangga dengan rakan-rakan lelaki kami.  Mereka cukup bertanggungjawap dalam menjaga keselamatan kami.  Bila terlihat cahaya lampu dengan pantas mengajak kami menyorok.  Kerana asyik nak menyorok kami lewat sampai ke rumah.  

Kini semuanya jadi kenangan yang manis buat angah.  Angah tidak ingat siapa kawan-kawan yang bersama ketika itu.  Sekarang ini jika berlaku situasi seperti itu tak tahu angah nak cakap apa...Bangla dan Myanmar sudah berkampung di estet Gomali tu...belum tahu lagi selamat ke tidak sesiapa yang tertinggal bas macam angah dulu..