Friday 8 April 2016

Kenangan buat kawan-kawan sepermainan

Sudah lebih setengah abad rupanya umurku.  Alhamdulillah semua itu kurniaan Allah.  Syukur ya Allah...aku masih diberikan kesempatan untuk menikmati kehidupan ini.  Syukur Ya Allah Engkau masih meminjamkan aku kesihatan.  Aku bersyukur atas semua kurniaanMu.

Blog ini sememangnya angah buat untuk mengabadikan semua kenangan yang pernah angah lalui.  Sekadar untuk berkongsi kenangan sewaktu dulu.  Dulu angah bukannya orang senang..hidup sangat sederhana di kampung yang di panggil Kampung Awat,Batu Anam,Segamat,Johor.  Sebuah kampung yang kecil tetapi bukanlah terpencil.  Jauhnya hanyalah 7 batu ke Pekan Batu Anam dan lebih kurang 7 batu juga ke Pekan Gemas.  Dulu memang lah susah nak keluar,sebab keluarga angah tidak punya kenderaan...motor buruk pun tak ada.  Selalu melalui Pekan Batu Anam sebab nak ke Sekolah Menengah Batu Anam.

Untuk ke sekolah, terpaksa keluar awal pagi,selepas subuh kami dah mula menunggu bas sekolah kepunyaan Ayah Wok.  Ayah Wok ni seorang yang baik dan pendiam.  Macam-macam ragam kawan-kawan di dalam bas dia hanya diam sahaja.  Tidak pernah berkasar dengan kami walaupun kadang kala riuh rendah dalam bas tu macam sarkas...

Walaubagaimanapun angah pernah kena tinggal dengan Ayah Wok sebab terlambat keluar dari sekolah agama.  Ayah Wok ingat kami saja nak berlenggah..yang sebenarnya Ustaz Marzuki yang tahan kami disebabkan ada membuat kesilapan.  Apa lagi kenalah angah dan kawan-kawan balik jalan kaki,,dari sekolah balik ke kampung.  berbekalkan dua plastik air sirap yang dikongsikan dengan kawan-kawan yang lain.  Masa tu Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kami yang seramai 7 orang.  Berjalan kaki melalui estet yang sangat gelap dan sunyi. Mujur masa tu tidak ada Bangla atau Myanmar yang menghuni estet.  Waktu tu kami masih anak-anak remaja,masih kuat berjalan walaupun penat giler. Kami yang seramai 7 orang terdiri dari 4 lelaki dan 3 perempuan. Hampir jam 9.00 malam baru kami sampai ke rumah.  Mak dan atuk mula membebel kerana menyangkakan aku dan kawan-kawan saja-saja keluar lambat.  Setelah diterangkan barulah mereka faham dan merasa agak kesal dengan tindakan Ayah Wok meninggalkan kami.  Itulah pengalaman yang paling tidak boleh angah lupakan.  Alahamdulillah malam itu bulan terang..maka tidak menjadi masalah untuk kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.  Kami sepakat,jika ada kenderaan yang lalu kami mesti lari menyorok takut-takut nanti orang jahat yang lalu.  Cadangan itu dibuat memandangkan kami ada pelajar perempuan seramai 3 orang termasuk angah.  Setiap kali nak cahaya kenderaan kami akan lari menyorok di belakang pokok kelapa sawit.

Cuma maaf angah lupa siapa nama-nama kawan-kawan yang bersama angah ketika itu.  Mak dan atuk sudah tak henti menangis.  Namun apa daya mereka..sebab rumah kami tidak ada orang lelaki pun yang hendak diharapkan untuk mencari angah dan kawan-kawan.  Adalah dua atau tiga orang pemuda kampung yang menolong menyonsong kami..namum seorang pun tidak berjumpa kami..sebab kami sepakat menyorok.
Alhamdulillah kami selamat semuanya.  Dalam keadaan begitu,angah bangga dengan rakan-rakan lelaki kami.  Mereka cukup bertanggungjawap dalam menjaga keselamatan kami.  Bila terlihat cahaya lampu dengan pantas mengajak kami menyorok.  Kerana asyik nak menyorok kami lewat sampai ke rumah.  

Kini semuanya jadi kenangan yang manis buat angah.  Angah tidak ingat siapa kawan-kawan yang bersama ketika itu.  Sekarang ini jika berlaku situasi seperti itu tak tahu angah nak cakap apa...Bangla dan Myanmar sudah berkampung di estet Gomali tu...belum tahu lagi selamat ke tidak sesiapa yang tertinggal bas macam angah dulu..


No comments:

Post a Comment