Thursday 24 July 2014

Aidilfitri 2014


Raya yang paling menyedihkan !- No Komen ....sangat menyakitkan dan menyedihkan...

Monday 21 July 2014

Ahah....ni menu spcial angah..


KARI UDANG SPECIAL

500 gm udang (bersihkan)
1 peket cendawan tiram - disiat-siat
5 batang kacang panjang - dipotong 1"
2 camb kerisik
1 peket serbuk kari ikan
5 cawan santan
Garam
1 tangkai daun kari
rempah penumis
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
20 biji cili padi

caranya

1.  Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis dan daun kari
2.  Masukkan rempah kari tumis sehingga naik baunya.
3.  Masukan santan.  Kacau sebentar.
4.  Masukkan udang dan garam.  Biarkan mendidih hingga kuah masak
5.  Masukan kerisik.  Masukkan cendawan kemudian kacang panjang
6.  Biarkan mendidih dan betul-betul masak barulah boleh diangkat.

1. 

Menu kegemaran anak-anak - yang simple jugak

Masak Lemak ketam dan nenas

5 ekor ketam (diersihkan)
1 biji nenas sederhana besar
5 cawan santan dari 1 biji kelapa yang besar
20 biji cili padi
2 " kunyit hidup
2 batang serai dititik
Garam.

Caranya

1.  Kisar cili dan kunyit hidup
2.  Nenas dicelur sebentar dan ditoskan (supaya tidak terlalu masam)
3.  Masukan ketam dan cili yang telah dikisar.  Biarkan mendidih .
4.  Masukan nenas,serai, kemudian masukan santan dan garam secukup rasa.
5.  Bila kuah telah betul-betul masak barulah diangkat untuk dihidangkan

#  Santan mudah berketul (pecah lemak) jika di masak dengan bahan berasid
    seperti nenas.  Masaklah di atas api yang sederhana dengan sentiasa
    mengacau kuahnya.

My Simple Menu...



SAMBAL PETAI UDANG

1 kg udang sederhana besar (dibersihkan)
2 senduk gulai cili kisar + kisar bersama 2 ulas bawang putih+belacan
2 camb air asam jawa
1/2 cawan petai
1 labu bawang besar dihiris
Garam,gula dan serbuk perasa (ikut citarasa masing-masing)
Minyak masak untuk menumis

Caranya

1.  Tumis cili kisar dengan api yang perlahan sehingga cili garing
2.  Setelah itu masukkan gula.  Biarkan sebentar.
3.  Kemudian masukkan garam dan perasa serta air asam jawa.
4.  Masukan  air untuk sebatikan bahan tadi.
5.  Masukan petai.  Biarkan petai lembut sedikit .
6.  Masukan udang dan diikuti dengan hirisan bawang besar.
7. Biarkan sebentar sehingga udang masak dan sambal pekat sedikit.
8. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Simple dan sedap...my style.

Monday 14 July 2014

Cerita biskut raya...

Bercerita tentang biskut raya...satu kisah yang tak akan
angah lupakan...pasal biskut raya...

Along Teh,sepupu angah yang tinggal sekali di rumah atuk.
Dia memang cantik,kulit putih gebu...memang ramai yang
mereng dengan Along Teh.  Cucu atuk yang paling cantik
sekali.  Disebabkan kami tinggal serumah (angah dan adik
Ita) kami memang rapat .  Keinginan untuk menyambut
raya dengan membuat biskut sendiri tu memang la ada.
Cuma peralatan kami tak cukup. Kami tak ada oven,jadi
dengan kepandaian Along Teh,dia gunakan periuk gulai atuk
untuk dibuat oven.  Diletaknya seketul batu-bata yang telah
dibelah 2 di tengah-tengah periuk.  Dibawah periuk dibakar
arang.  Maka dengan semangatnya Along Teh mula mengadun
kuih yang diberi nama Biskut Gadis Melayu...kat dalam
majalah tu biskut tu biskut biasa cuma atasnya diletakkan
gula yang dicampurkan esen merah.  Memang cantik
rupanya. Tugas aku cuma meletakkan esen gula di atas
biskut.  Menguli dan mencetak Along Teh yang buat.
Siap dicetak dibakar di dalam 'oven' ciptaan along.
Bakar atas tutup periuk kecil. Tinggal lagi dua tutup nak
dibakar tiba-tiba batu-bata yang ada dalam periuk tu
terjatuh ke bawah...periuk atuk bolos/berlubang...angah
tak dapat menahan ketawa terus ketawa terbahak.  "Oven"
along dah bolos...hahaha".Maka atuk pun terjeritlah
"Ya Allah Teh....periuk aku...." yang paling angah tak boleh
lupa dengan selambanya along jawab..."dah bolos mak..
batu tu berat..periuk tu dah cair..." sambil tersengih.
Angah tergelak sampai berair mata.."gelak-gelak..periuk
orang dah jahanam kau boleh gelak..." angah tak kira
terus je tergelak."boleh tanam bunga tuk...." jawap angah.
Atuk tersenyum tawar...nak buat macamana...dia faham
keinginan cucunya...

Kisah biskut tu belum habis lagi....malam tu selepas
berbuka datang la anak jiran kami..Abang Itai,
"Teh aku nak rasa kuih kau buat tadi...".  Dengan bangga
nya Along Teh hulurkan kuih tu ...bila sahaja Abang Itai
mengigit kuih dengan muka ala clown..dia bertanya
"Teh apa nama biskut kau ni?".."Biskut Gadis Melayu"
Jawab Along Teh.  "Aku ingat kau tukar nama biskut ni,
Biskut batu-bata baru sesuai..." jawab Abang Itai sambil
tergelak-gelak.  "Cuba kau rasa"...hehehe biskut tu
teramatlah kerasnya.  Kesian along...cepat-cepat ambil
majalah,tengok balik resepi...memang sah salah resepi
Along terlupa nak campurkan tepung jagung...tepung
gandum semata-mata...marjerin pun kurang....
Memang hari tu hari malang kami...sudahlah periuk atuk
bolos...biskut pulak keras macam batu-bata....kesian
Along Teh....kini bukan setakat pernah jadi tauke biskut
along sudah berjaya membuka restorannya sendiri....
Begitulah adanya....bermula dari kegagalan along kini
sudah kukuh berdiri dengan 'SAJIAN RASA KAK TEH".
Tahniah buat along..


Sunday 13 July 2014

The story of Baju Raya....

Ramadhan sudah separuh jalan...bererti kita dah mula memikirkan tentang
persiapan raya.  Terutamanya baju raya, raya tak jadi kalau tak ada baju
baru.... (teori zaman kanak-kanak angah !).

Masa angah kcil dulu...selepas arwah ayah pergi,hari bagaikan tak
raya.  Lepas ayah meninggal,dengan keadaan mak yang kurang
sihat terpaksa lah angah tinggal dengan atuk (nenek) bagi orang Johor.
Atuk angah bukannya orang senang, nak beli baju untuk kami
sorang sepasang (adik dan sepupu-sepapat angah yang lain yang
turut tinggal dengan atuk) tentulah sesuatu yang berat bagi atuk dan
tok ayah.  Mujur Abang Long (abang seayah dengan angah) biasanya
akan mengirimkan sepasang baju untuk angah dan adik setiap
tahun.  Terima kasih Abang Long.  Bila dapat bungkusan dari
posman poyo sekejap ! dapat baju raya la katakan.  Tak kiralah
corak apa yang Abang Long kirimkan...angah pakai je..
Angah masih ingat ada satu baju corak lattern  (lampu kecil)
masak angah kena ejek..."malam nanti boleh ajak dia gi raya
tak payah pakai lampu..kat baju dia dah banyak lampu mesti
terang punya..." sedihnya hati...rasa nak bakar je baju tu. Tapi itu
aje baju baru yang angah ada. "peduli ape orang cakap...kita
kena bersyukur dengan apa yang kita ada...dia orang tu
cemburu sebab baju di tak ada lampu..." mak pujuk angah.
hati kecil masih belum pandai kecil hati masa tu..terus je
bergaya dengan baju hijau corak lattern merah tu....(ko hade?)

Sehingga remaja Abang Long masih menghantar sepasang baju
setiap kali raya. Coraknya ikut aliran semasa,Abang Long tau
adiknya sudah remaja.

Bila sudah bekerja...beraya dengan baju pulak...untuk angah,mak
dan adik.  Sakan dengan baju tetapi dah tak beraya sangat...baju
raya pakai pagi raya,lepas tu tukar t-shirt sebab nak beraya kat
dapur...orang ramai datang ke rumah.  Baju raya jadi baju kerja...

Dah berumahtangga nak sedondon la pulak.  Macam boria Kampung
Pisang...dari hubby,angah sampai le ke anak dara yang tiga orang tu
habis sekayu kain ! hahahaha...

Bila dah berusia...sedondon dah tak main dah...anak-anak dah besar
diorang ada taste diorang sendiri...hubby memang tak minat langsung nak
sedodon ni..so pakai je baju pilihan masing-masing...

Thursday 10 July 2014

Boss perempuan????? oooppss (gile tak fobia..)


Sekadar berkongsi cerita kelat bertugas dengan seorang boss pompuan
Peristiwa kelat itu kalau boleh hendak angah lontarkan jauh-jauh. Namun ianya bagaikan melekat disudut kenangan hidup angah....

Belum pernah  tercatat dalam sejarah hidup angah bertugas di sana sejak mula dilantik diherdik sebegitu Biarpun sebelum dia,ramai lagi boss angah.  Itulah kali pertama angah bertemu insan yang seangkuh dia !.Mengherdik dengan mengertap giginya yang cantik
tersusun dan putih seperti mutiara tu sekaligus menghilangkan kejelitaannya.  Wajahnya tak ubah seperti seekor singa betina yang kena panah ! tak comel langsung ..

Dimusuhi hanya kerana termakan hasutan seorang teman baik (di depan kite).  Sayangnya angah tidak diberikan peluang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan hukuman terus di jatuhkan. ekoran dari peristiwa itu berkali-kali angah di malukan ketika meeting...Tuhan! peritnya untuk bertugas dalam situasi begitu.  Sebagai orang bawahan, mau atau tidak angah terpaksa berkomunikasi degannya.walaupun layanannya teramat menyakitkan hati.  Sesuatu paling menyakitkan dalam hidup bila dikhianati oleh seorang yang kita anggap sahabat ! kerana sahabat semua kesakitan ini terpaksa angah lalui.  Biarpun tidak pernah sekali pun angah melawan namun hati ini tetap tidak dapat menerima perbuatan mereka.  Sukarnya angah hendak memadamkan ingatan tersebut biarpun sudah lama berlalu. Memaafkan dia ??? entahlah.  Bagaimana? setiap kali terlintas dibenak ini namanya...seperti baru semalam angah diperlakukan.  " Patutlah si....polan tu cakap, you yang salah! you yang tak buat  kan?" bagaikan hendak gugur jantung ini bila boss perempuan tu sebut nama sahabat angah tu.  Tak buat kerja tu? sedangkan dia (sabahat angah tu) tahu sebab dan puncanya kerja tu jadi masalah. masalah bagi boss yang tak tau prosedur ! meroyan tak tentu fasal.  Cuba dia bagi peluang untuk angah menerangkan kedudukan ..bukan kah itu sepatutnya seorang boss buat? dengar dari semua pihak lepas tu baru buat rumusan...bukan terus menghukum ! . 

Bertahun angah di tempat itu.  Bekarja dengan penuh semangat dan sangat seronok,sejak dia memerintah segala seperti sudah musnah.  Yang ada setiap kali menghadap komputer hanyalah linangan airmata.   "Cukuplah kak,kau sabar dengan kerenah diorang..akak masih boleh senyum dan berbuat baik pada orang yang tikam akak dari belakang??" unkap seorang teman sekerja yang lain.... Allah itu ada,bukan hak kita untuk menghukum orang...biarlah itu urusan dia dan Allah.  Sehingga angah tercampak di tempat baru ni angkara orang yang sama dan ketua pejabat angah.  Alhamdulillah...angah cari hikmahnya di sini....

Di sini pula,bila diberitahu boss akan bertukar...dan boss perempuan akan mengambil alih
tampuk pemerintahan.....aduh ! fobia gile angah.!! Angah berdoa agar jangan lah berulang lagi sejarah lalu...ayat yang tidak pernah angah lupakan " you keluar dari bilik ni...I tak mau dengar apa-apa dari mulut you..keluaarrr!!!" terasa hinanya angah di mata dia.. Indonesia yang kerja amah pun tak kena herdik seperti angah..(.cuma kena sterika je hehehehe)....Masalahnya itu pejabat bukan dapur kat umah dia..!.  sudah bertahun berlalu.cerita pahit seorang boss perempuan.belum lagi dapat angah lupakan ...belum lagi wahai Puan Z.....! angah tidak berdendam (berdendam biasanya rasa nak membalas....) tetapi angah hanya sukar nak lupakan...mungkin selepas mencurahkannya di sini angah boleh lupakan semua....In Sya Allah

Wednesday 9 July 2014

Menu Sahur kegemaran Keluarga Angah...

Ikan Bilis Goreng Cili Api


Resepinya

2 genggam ikan bilis
20 biji cili padi
sedikit belacan
1 labu bawang besar
Garam dan sedikit kiub ikan bilis
1 keping asam gelugur

caranya- mudah aje

1.Goreng ikan bilis hingga garing
2.Tumis cili padi yang telah ditumbuk bersama belacan
3.Masukan,kiub ikan bilis dan asam keping serta bawang
4.Bila tumisan sudah pecah minyak masukan ikan bilis gaul rata
5.Angkat dan boleh dihidangkan.....

Biasanya menu ini dihidangkan bersama sup sayur dan telur dadar
atau ikan goreng...hidangkan panas-panas.  Bersahur pun macam
makan tengahari...hehehe..

RESEPI KEGEMARAN KELUARGA ANGAH




ASAM PEDAS DAGING

1/2 kilo daging - direbus
20 tangkai cili kering

1 " halia
1" kunyit hidup
Sedikit belacan
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 camb kerisik kelapa
1/4 cawan air asam jawa - jangan terlalu pekat (nanti terlalu masam)
1 camt serbuk lada hitam
2 camb serbuk kari
2 batang serai
Garam dan serbuk perasa
10 helai daun kesum
5 biji bendi
2 biji tomato

Caranya

1.  Kisar cili kering,bawang putih ,bawang merah,halia,kunyit dan belacan.
2.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak / keluar minyak
3.  Masukan serbuk kari. Kacau rata .  Biarkan sebentar.
4.  Kemudian masukkan daging beserta stoknya.  Jika stok tadi terlalu sedikit
     bolehlah ditambahkan sedikit air.  Masakan ini tidak boleh terlalu cair.
5.  Masukan serai,garam,perasa,sebuk lada hitam dan kerisik.  Biarkan mendidih.
6.  Bila kuah agak pekat masukan daun kesum,bendi diikuti dengan tomato
7.  Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan...untuk family tersayang..

Anak-anak angah memang suka sangat lauk ni.  Tambahan bila dijadikan juadah berbuka...

Monday 7 July 2014

Kali ini angah nak kongsi lagi resepi pucuk paku jugak...sepupu pucuk midin ! ini resepi kegemaran angah jugak tau...


RENDANG PUCUK PAKU ALA ANGAH.....TU DIA..

1 ikat pucuk paku ( bersihkan)
Isi kerang dari 1 kilo kerang (bersihkan)
30 biji cili padi
2 inchi kunyit hidup
2 keping asam gelugur
2 batang serai
2 camb kerisik kelapa

3 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Caranya mudah aje...

1. Kisar cili dan kunyit kemudian masukan isi kerang ke dalam kuali bersama cili kisar tadi
2. Biarkan mendidih sebentar kemudian .  Kemudian masukkan garam,asam dan serai serta santan
3. Masukan kerisik, biarkan mendidih sebentar,  bila sudah agak pekat barulah masukkan pucuk paku.
4. Jangan masak terlalu lama...nanti pucuk paku terlalu lecuh

Actualy....rendang angah ni memang cukup simple...you know what? rendang ni memang tidak diletakkan bawang dan lain-lain rencah...inilah resepi asli ibu mertuaku.  Omak mentuo angah cakap
kalau rendang cili api tak perlu dicampurkan bawang...nanti lari tune nye...(itu ilmu dia lah kan..) angah belajar masak rendang maman dan rendang yang menggunakan cili padi dari dia la..because I'M JOHOREAN....hahaha..omak mentuo angah dari Rembau most wanted yoooo..
Sekurang-kurang banyak ilmu memasak NS Style dah omak mentuo angah turunkan.
Terima kasih mak....thats why resepi angah sedikit pedas....ikut lidah En.Hubby !

Tuesday 1 July 2014

CERITA MENU RAMADHAN ANGAH....TAHUN NI..

ALHAMDULILAH...RAMADHAN datang lagi. Kali ni Ramadhan yang angah dan keluarga menyambutnya dengan penuh syukur dan sangat sederhana . Tidak ada apa yang special pun,lauk-pauk pun serba sederhana. Cuma yang penting air minumannya aje. Ikut ragam anak-anak. Angah cuba elakkan mereka minum air yang bewarna dan berperisa.Bukannya apa,anak angah yang ke dua tu pernah menghidap AGN kalau boleh elak memang angah elakkan dia dari menjamah makanan yang berperisa dan pewarna...depan angahlah ,belakang angah tak tau lah dia ikut pantang ke tidak.. Angah sediakan pelbagai jus seperti jus epal,orange,timun dan biasanya tembikai laici. Laici pun angah gunakan fresh laychee yang dibeli di pasar tani (macam biasa laici yang terdapat di pasar tani tu tidak semuanya manis (laici murah hehehe..) ,laichi tu dibuang bijinya dan masukkan dalam sirap gula. Simpan dalam fridge. Bila nak makan just ambil je dan campurkan dalam minuman kita atau nak makan terus pun boleh. Cuma carrot juice aje yang angah tak buat..coz my 'baby' tak suka. Paling tidak pun teh'o' ais laici..teh 'o' ais limau. Barli limau..ermm best sekali. Fasal lauk,kami tidak kisah langsung..yang penting ada sayur yang dimasak panas-panas. Sahur pulak very simple. Anak-anak tidak begitu ghairah nak makan ketika sahur. Just goreng nasi, kadang2 buat jemput2 cicah sambal tumis. Teh 'o' panas..wajib !. Tak perlu buat atau beli kuih...sure tak laku punya..membazir je. Anak-anak cuma minum dan makan nasi. Lepas berbuka diorang tak makan ape2 lagi sehinggalah sahur. Tak perlulah macam-macam,untuk bulan puasa ni semuanya tak laku bagi mereka. Dari membazir lebih baik tak payah buat apa2. Sesekali kalau ada kuih yang mereka teringin nak makan baru beli atau dibuat. Kuih favorite my baby bucuk tu kuih pelita. Along cuma suka ayam..ayam dan ayam sahaja!. Angah? belasah nasi sampai kenyang..lepas Isyak lelap sampai sahur. Alhamdulillah...tak perlu lah ibunya ni perah otak nak fikir menu Ramadhan...hubby and my bonda..makan apa sahaja yang terhidang..thats all..lega habis.....(berkepaklah angah !!)hahahahaha..