Monday 14 July 2014

Cerita biskut raya...

Bercerita tentang biskut raya...satu kisah yang tak akan
angah lupakan...pasal biskut raya...

Along Teh,sepupu angah yang tinggal sekali di rumah atuk.
Dia memang cantik,kulit putih gebu...memang ramai yang
mereng dengan Along Teh.  Cucu atuk yang paling cantik
sekali.  Disebabkan kami tinggal serumah (angah dan adik
Ita) kami memang rapat .  Keinginan untuk menyambut
raya dengan membuat biskut sendiri tu memang la ada.
Cuma peralatan kami tak cukup. Kami tak ada oven,jadi
dengan kepandaian Along Teh,dia gunakan periuk gulai atuk
untuk dibuat oven.  Diletaknya seketul batu-bata yang telah
dibelah 2 di tengah-tengah periuk.  Dibawah periuk dibakar
arang.  Maka dengan semangatnya Along Teh mula mengadun
kuih yang diberi nama Biskut Gadis Melayu...kat dalam
majalah tu biskut tu biskut biasa cuma atasnya diletakkan
gula yang dicampurkan esen merah.  Memang cantik
rupanya. Tugas aku cuma meletakkan esen gula di atas
biskut.  Menguli dan mencetak Along Teh yang buat.
Siap dicetak dibakar di dalam 'oven' ciptaan along.
Bakar atas tutup periuk kecil. Tinggal lagi dua tutup nak
dibakar tiba-tiba batu-bata yang ada dalam periuk tu
terjatuh ke bawah...periuk atuk bolos/berlubang...angah
tak dapat menahan ketawa terus ketawa terbahak.  "Oven"
along dah bolos...hahaha".Maka atuk pun terjeritlah
"Ya Allah Teh....periuk aku...." yang paling angah tak boleh
lupa dengan selambanya along jawab..."dah bolos mak..
batu tu berat..periuk tu dah cair..." sambil tersengih.
Angah tergelak sampai berair mata.."gelak-gelak..periuk
orang dah jahanam kau boleh gelak..." angah tak kira
terus je tergelak."boleh tanam bunga tuk...." jawap angah.
Atuk tersenyum tawar...nak buat macamana...dia faham
keinginan cucunya...

Kisah biskut tu belum habis lagi....malam tu selepas
berbuka datang la anak jiran kami..Abang Itai,
"Teh aku nak rasa kuih kau buat tadi...".  Dengan bangga
nya Along Teh hulurkan kuih tu ...bila sahaja Abang Itai
mengigit kuih dengan muka ala clown..dia bertanya
"Teh apa nama biskut kau ni?".."Biskut Gadis Melayu"
Jawab Along Teh.  "Aku ingat kau tukar nama biskut ni,
Biskut batu-bata baru sesuai..." jawab Abang Itai sambil
tergelak-gelak.  "Cuba kau rasa"...hehehe biskut tu
teramatlah kerasnya.  Kesian along...cepat-cepat ambil
majalah,tengok balik resepi...memang sah salah resepi
Along terlupa nak campurkan tepung jagung...tepung
gandum semata-mata...marjerin pun kurang....
Memang hari tu hari malang kami...sudahlah periuk atuk
bolos...biskut pulak keras macam batu-bata....kesian
Along Teh....kini bukan setakat pernah jadi tauke biskut
along sudah berjaya membuka restorannya sendiri....
Begitulah adanya....bermula dari kegagalan along kini
sudah kukuh berdiri dengan 'SAJIAN RASA KAK TEH".
Tahniah buat along..


No comments:

Post a Comment