Sunday 13 July 2014

The story of Baju Raya....

Ramadhan sudah separuh jalan...bererti kita dah mula memikirkan tentang
persiapan raya.  Terutamanya baju raya, raya tak jadi kalau tak ada baju
baru.... (teori zaman kanak-kanak angah !).

Masa angah kcil dulu...selepas arwah ayah pergi,hari bagaikan tak
raya.  Lepas ayah meninggal,dengan keadaan mak yang kurang
sihat terpaksa lah angah tinggal dengan atuk (nenek) bagi orang Johor.
Atuk angah bukannya orang senang, nak beli baju untuk kami
sorang sepasang (adik dan sepupu-sepapat angah yang lain yang
turut tinggal dengan atuk) tentulah sesuatu yang berat bagi atuk dan
tok ayah.  Mujur Abang Long (abang seayah dengan angah) biasanya
akan mengirimkan sepasang baju untuk angah dan adik setiap
tahun.  Terima kasih Abang Long.  Bila dapat bungkusan dari
posman poyo sekejap ! dapat baju raya la katakan.  Tak kiralah
corak apa yang Abang Long kirimkan...angah pakai je..
Angah masih ingat ada satu baju corak lattern  (lampu kecil)
masak angah kena ejek..."malam nanti boleh ajak dia gi raya
tak payah pakai lampu..kat baju dia dah banyak lampu mesti
terang punya..." sedihnya hati...rasa nak bakar je baju tu. Tapi itu
aje baju baru yang angah ada. "peduli ape orang cakap...kita
kena bersyukur dengan apa yang kita ada...dia orang tu
cemburu sebab baju di tak ada lampu..." mak pujuk angah.
hati kecil masih belum pandai kecil hati masa tu..terus je
bergaya dengan baju hijau corak lattern merah tu....(ko hade?)

Sehingga remaja Abang Long masih menghantar sepasang baju
setiap kali raya. Coraknya ikut aliran semasa,Abang Long tau
adiknya sudah remaja.

Bila sudah bekerja...beraya dengan baju pulak...untuk angah,mak
dan adik.  Sakan dengan baju tetapi dah tak beraya sangat...baju
raya pakai pagi raya,lepas tu tukar t-shirt sebab nak beraya kat
dapur...orang ramai datang ke rumah.  Baju raya jadi baju kerja...

Dah berumahtangga nak sedondon la pulak.  Macam boria Kampung
Pisang...dari hubby,angah sampai le ke anak dara yang tiga orang tu
habis sekayu kain ! hahahaha...

Bila dah berusia...sedondon dah tak main dah...anak-anak dah besar
diorang ada taste diorang sendiri...hubby memang tak minat langsung nak
sedodon ni..so pakai je baju pilihan masing-masing...

No comments:

Post a Comment