Friday 30 May 2014

SUATU KETIKA DULU....MUSIM BUAH-BUAHAN

Pernah rasa mempelam kampung tak? rasanya masam-masam manis walaupun sudah masak. Sewaktu angah masih bersekolah dulu,selalu juga ambil mempelam ditepi padang sekolah. Jamal bin Jamil,seorang sahabat yang selalu tolong panjatkan mempelam tu. " kumpul dulu nanti kita bagi sama-sama" pesan jamal sebelum mula memanjat. Bila berada atas pokok mempelam,Jamal mula mengegar dahan mempelam menyebabkan buah-buah yang telah masak berguguran. Tugas angah dan Norliah Kadir mengutip dan mengumpulkan buah-buah tersebut. Sambil mengumpul angah pun memasukkan buah yang baik2 dan masak ranum ke dalam beg,bila Jamal turun mengira semua buah yang ada kemudian di bahagi kepada 3 bahagian angah ambil lagi..hmmmm tukang panjat dapat 1 bahagian dan tukang mengumpul pulak untung sekali ganda ! kesian Jamal ! rupanya Norliah pun sama manyembunyikan buah mempelam sama seperti angah....hahaha..itu masa kami kecil...rasa tamak tidak dapat dielakkan...maafkan kami Jamal...kalau kau tau masa tu...pasti kami hanya dapat pandang je mempelam yang masak...mati balik hidup pun Jamal tidak akan tolong panjatkan... PERNAH JATUH DARI POKOK MANGGIS ! Rasa macam mimpi! tau-tau je dah sampai ke tanah...pagi tu angah dengan sepupu mak yang umurnya sebaya angah panjat pokok manggis di belakang rumah Tok Bik jiran angah. Sebaik sahaja terlihat buah2 yang telah masak bergayutan di hujung dahan angah lupa dunia kejap. Tak hingat..petik buah sehingga lupa bahawa kita ni tak ada kaki yang boleh mencengkam atau ekor yang boleh berpaut ! maka angah pun gugurlah ke bumi. Sepupu mak, Lok, pun terperanjat beruk!...semuanya berlaku sekelip mata..." aku ni jatuh ke Lok?" sebuah pertanyaan bodoh terlontar dari mulut angah dalam keadaan panik . " Takkk kan ke kau turun elok2 tadi.." jawab Lok selamba..."eh bukan ke aku naik kapal terbang tadi" jawabku sambil tergelak besar... "ye la..memang kau naik kapal terbang..tapi dah langgar pokok manggis ni" kami tergelak di bawah pokok manggis walaupun punggung angah rasa macam dah remuk dek sakitnya. BUAH RAMBAI PUNYA CERITA...... Pernah makan buah rambai?.....ha..buah ni memang angah fobia nak makan sehingga kini..takut sekali. Masa angah sekolah rendah dulu memang suka makan buah rambai..dah tak ada pilihan lain.. itu aje yang ada..anggur,apple,laici semua itu hanya dalam mimpi orang yang tak punya seperti kami. Arwah Tok Ayah memang rajin mencari buah-buah nadir yang ada di hutan sekeliling kampung kami. Selalu juga Tok Ayah bawa balik buah Tampoi,rambai,keranji dan beberapa jenis buah yang lain yang angah pun dah lupa namanya.Berbalik pada cerita buah rambai tadi..musim rambai datang lagi..telan rambai banyak-banyak lepas tu berlari,melompat..main kejar-kejar. Al kisahnya,malam tu rasa nak ke tandas..tandas pula jauh di belakang rumah,terpaksalah ditemankan oleh sepupu angah temasuklah Cik Lok tadi...malangnya hajat tak sampai sebab 'orang dalam ' susah nak keluar,,biarpun perut memulas giler ! sampai meleleh airmata tapi tetap tak nak keluar..cuba paksa keluar ..maka tercederalah ..sejak itu angah tak pernah nak sentuh buah yang bernama rambai tu lagi..siksa nak buang hajat !

No comments:

Post a Comment