Thursday, 2 April 2015

Tanggal 24.03.2015 akhirnya ibu mertuaku menghembuskan nafas yang terakhir pada jam
11.00 malam.  Pergi sudah kedua-dua mertuaku...semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas
orang-orang yang ku sayang...Arwah ayahku Ismail bin Mohd Yassin,arwah datukku Bidin
bin Konting..arwan nenekku Munah binti Adam Shah...arwah bapa mertuaku Mohd Sidek
bin Baginda Kaya...arwah Tok Meon dan arwah Ibu Mertuaku Halimah binti Kassim...
Al-Fatihah untuk semuanya...

Thursday, 22 January 2015

Selamat Datang Tahun 2015

Tahun ini bermula dengan berbagai dugaan...
Allah menduga Angah...
Tak mengapa..InshaAllah ..Allah ingin memberi yang terbaik lagi untuk Angah dan keluarga
bersangka baik dengan Allah...Alhamdulillah adanya...
Ya Allah..aku bersyukur kerana aku diberikan ujian ini....semoga keimananku lebih bertambah
Ya Allah ...tabahkanlah hati ini...Amin.

Semoga selepas ini segalanya akan menjadi lebih baik dan sempurna...InshaAllah..aaminn.

Thursday, 24 July 2014

Aidilfitri 2014


Raya yang paling menyedihkan !- No Komen ....sangat menyakitkan dan menyedihkan...

Monday, 21 July 2014

Ahah....ni menu spcial angah..


KARI UDANG SPECIAL

500 gm udang (bersihkan)
1 peket cendawan tiram - disiat-siat
5 batang kacang panjang - dipotong 1"
2 camb kerisik
1 peket serbuk kari ikan
5 cawan santan
Garam
1 tangkai daun kari
rempah penumis
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit
20 biji cili padi

caranya

1.  Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis dan daun kari
2.  Masukkan rempah kari tumis sehingga naik baunya.
3.  Masukan santan.  Kacau sebentar.
4.  Masukkan udang dan garam.  Biarkan mendidih hingga kuah masak
5.  Masukan kerisik.  Masukkan cendawan kemudian kacang panjang
6.  Biarkan mendidih dan betul-betul masak barulah boleh diangkat.

1. 

Menu kegemaran anak-anak - yang simple jugak

Masak Lemak ketam dan nenas

5 ekor ketam (diersihkan)
1 biji nenas sederhana besar
5 cawan santan dari 1 biji kelapa yang besar
20 biji cili padi
2 " kunyit hidup
2 batang serai dititik
Garam.

Caranya

1.  Kisar cili dan kunyit hidup
2.  Nenas dicelur sebentar dan ditoskan (supaya tidak terlalu masam)
3.  Masukan ketam dan cili yang telah dikisar.  Biarkan mendidih .
4.  Masukan nenas,serai, kemudian masukan santan dan garam secukup rasa.
5.  Bila kuah telah betul-betul masak barulah diangkat untuk dihidangkan

#  Santan mudah berketul (pecah lemak) jika di masak dengan bahan berasid
    seperti nenas.  Masaklah di atas api yang sederhana dengan sentiasa
    mengacau kuahnya.

My Simple Menu...



SAMBAL PETAI UDANG

1 kg udang sederhana besar (dibersihkan)
2 senduk gulai cili kisar + kisar bersama 2 ulas bawang putih+belacan
2 camb air asam jawa
1/2 cawan petai
1 labu bawang besar dihiris
Garam,gula dan serbuk perasa (ikut citarasa masing-masing)
Minyak masak untuk menumis

Caranya

1.  Tumis cili kisar dengan api yang perlahan sehingga cili garing
2.  Setelah itu masukkan gula.  Biarkan sebentar.
3.  Kemudian masukkan garam dan perasa serta air asam jawa.
4.  Masukan  air untuk sebatikan bahan tadi.
5.  Masukan petai.  Biarkan petai lembut sedikit .
6.  Masukan udang dan diikuti dengan hirisan bawang besar.
7. Biarkan sebentar sehingga udang masak dan sambal pekat sedikit.
8. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Simple dan sedap...my style.

Monday, 14 July 2014

Cerita biskut raya...

Bercerita tentang biskut raya...satu kisah yang tak akan
angah lupakan...pasal biskut raya...

Along Teh,sepupu angah yang tinggal sekali di rumah atuk.
Dia memang cantik,kulit putih gebu...memang ramai yang
mereng dengan Along Teh.  Cucu atuk yang paling cantik
sekali.  Disebabkan kami tinggal serumah (angah dan adik
Ita) kami memang rapat .  Keinginan untuk menyambut
raya dengan membuat biskut sendiri tu memang la ada.
Cuma peralatan kami tak cukup. Kami tak ada oven,jadi
dengan kepandaian Along Teh,dia gunakan periuk gulai atuk
untuk dibuat oven.  Diletaknya seketul batu-bata yang telah
dibelah 2 di tengah-tengah periuk.  Dibawah periuk dibakar
arang.  Maka dengan semangatnya Along Teh mula mengadun
kuih yang diberi nama Biskut Gadis Melayu...kat dalam
majalah tu biskut tu biskut biasa cuma atasnya diletakkan
gula yang dicampurkan esen merah.  Memang cantik
rupanya. Tugas aku cuma meletakkan esen gula di atas
biskut.  Menguli dan mencetak Along Teh yang buat.
Siap dicetak dibakar di dalam 'oven' ciptaan along.
Bakar atas tutup periuk kecil. Tinggal lagi dua tutup nak
dibakar tiba-tiba batu-bata yang ada dalam periuk tu
terjatuh ke bawah...periuk atuk bolos/berlubang...angah
tak dapat menahan ketawa terus ketawa terbahak.  "Oven"
along dah bolos...hahaha".Maka atuk pun terjeritlah
"Ya Allah Teh....periuk aku...." yang paling angah tak boleh
lupa dengan selambanya along jawab..."dah bolos mak..
batu tu berat..periuk tu dah cair..." sambil tersengih.
Angah tergelak sampai berair mata.."gelak-gelak..periuk
orang dah jahanam kau boleh gelak..." angah tak kira
terus je tergelak."boleh tanam bunga tuk...." jawap angah.
Atuk tersenyum tawar...nak buat macamana...dia faham
keinginan cucunya...

Kisah biskut tu belum habis lagi....malam tu selepas
berbuka datang la anak jiran kami..Abang Itai,
"Teh aku nak rasa kuih kau buat tadi...".  Dengan bangga
nya Along Teh hulurkan kuih tu ...bila sahaja Abang Itai
mengigit kuih dengan muka ala clown..dia bertanya
"Teh apa nama biskut kau ni?".."Biskut Gadis Melayu"
Jawab Along Teh.  "Aku ingat kau tukar nama biskut ni,
Biskut batu-bata baru sesuai..." jawab Abang Itai sambil
tergelak-gelak.  "Cuba kau rasa"...hehehe biskut tu
teramatlah kerasnya.  Kesian along...cepat-cepat ambil
majalah,tengok balik resepi...memang sah salah resepi
Along terlupa nak campurkan tepung jagung...tepung
gandum semata-mata...marjerin pun kurang....
Memang hari tu hari malang kami...sudahlah periuk atuk
bolos...biskut pulak keras macam batu-bata....kesian
Along Teh....kini bukan setakat pernah jadi tauke biskut
along sudah berjaya membuka restorannya sendiri....
Begitulah adanya....bermula dari kegagalan along kini
sudah kukuh berdiri dengan 'SAJIAN RASA KAK TEH".
Tahniah buat along..