Semalam adalah kenangan Hari ini adalah kenyataan ....dan esok adalah harapan
Friday, 30 May 2014
SUATU KETIKA DULU....MUSIM BUAH-BUAHAN
Pernah rasa mempelam kampung tak? rasanya masam-masam manis walaupun sudah masak. Sewaktu angah masih bersekolah dulu,selalu juga ambil mempelam ditepi padang sekolah. Jamal bin Jamil,seorang sahabat yang selalu tolong panjatkan mempelam tu. " kumpul dulu nanti kita bagi sama-sama" pesan jamal sebelum mula memanjat. Bila berada atas pokok mempelam,Jamal mula mengegar dahan mempelam menyebabkan buah-buah yang telah masak berguguran. Tugas angah dan Norliah Kadir mengutip dan mengumpulkan buah-buah tersebut. Sambil mengumpul angah pun memasukkan buah yang baik2 dan masak ranum ke dalam beg,bila Jamal turun mengira semua buah yang ada kemudian di bahagi kepada 3 bahagian angah ambil lagi..hmmmm tukang panjat dapat 1 bahagian dan tukang mengumpul pulak untung sekali ganda ! kesian Jamal ! rupanya Norliah pun sama manyembunyikan buah mempelam sama seperti angah....hahaha..itu masa kami kecil...rasa tamak tidak dapat dielakkan...maafkan kami Jamal...kalau kau tau masa tu...pasti kami hanya dapat pandang je mempelam yang masak...mati balik hidup pun Jamal tidak akan tolong panjatkan...
PERNAH JATUH DARI POKOK MANGGIS !
Rasa macam mimpi! tau-tau je dah sampai ke tanah...pagi tu angah dengan sepupu mak yang umurnya sebaya angah panjat pokok manggis di belakang rumah Tok Bik jiran angah. Sebaik sahaja terlihat buah2 yang telah masak bergayutan di hujung dahan angah lupa dunia kejap. Tak hingat..petik buah sehingga lupa bahawa kita ni tak ada kaki yang boleh mencengkam atau ekor yang boleh berpaut ! maka angah pun gugurlah ke bumi. Sepupu mak, Lok, pun terperanjat beruk!...semuanya berlaku sekelip mata..." aku ni jatuh ke Lok?" sebuah pertanyaan bodoh terlontar dari mulut angah dalam keadaan panik . " Takkk kan ke kau turun elok2 tadi.." jawab Lok selamba..."eh bukan ke aku naik kapal terbang tadi" jawabku sambil tergelak besar... "ye la..memang kau naik kapal terbang..tapi dah langgar pokok manggis ni" kami tergelak di bawah pokok manggis walaupun punggung angah rasa macam dah remuk dek sakitnya.
BUAH RAMBAI PUNYA CERITA......
Pernah makan buah rambai?.....ha..buah ni memang angah fobia nak makan sehingga kini..takut sekali. Masa angah sekolah rendah dulu memang suka makan buah rambai..dah tak ada pilihan lain.. itu aje yang ada..anggur,apple,laici semua itu hanya dalam mimpi orang yang tak punya seperti kami. Arwah Tok Ayah memang rajin mencari buah-buah nadir yang ada di hutan sekeliling kampung kami. Selalu juga Tok Ayah bawa balik buah Tampoi,rambai,keranji dan beberapa jenis buah yang lain yang angah pun dah lupa namanya.Berbalik pada cerita buah rambai tadi..musim rambai datang lagi..telan rambai banyak-banyak lepas tu berlari,melompat..main kejar-kejar. Al kisahnya,malam tu rasa nak ke tandas..tandas pula jauh di belakang rumah,terpaksalah ditemankan oleh sepupu angah temasuklah Cik Lok tadi...malangnya hajat tak sampai sebab 'orang dalam ' susah nak keluar,,biarpun perut memulas giler ! sampai meleleh airmata tapi tetap tak nak keluar..cuba paksa keluar ..maka tercederalah ..sejak itu angah tak pernah nak sentuh buah yang bernama rambai tu lagi..siksa nak buang hajat !
Sunday, 25 May 2014
KENANGAN LAGI....
Berjaga lagi tengah malam ni...sebab tunggu air yang sejak pagi tadi terputus bekalan...tanpa amaran bekalan air terputus..maka tunggang terbalik lah rumah angah hari ini...berjaga malam ini perut pun minta diisi lagi...
Sebut pasal makan ni..sekarang ni terlalu banyak makanan yang disumbatkan ke dalam perut kita...sehingga mengundang pelbagai jenis penyakit. SUATU MASA DAHULU...makanan tidak lah kekurangan tetapi DUITNYA yang kurang...kuasa untuk membeli tu yang menjadi masalahnya...maka,makanlah kami apa yang ada di sekeliling dan apa yang termampu sahaja.
Sebut mengenai makanan...dulu angah tidak pernah tau apa itu pizza,fried chicken...kenny rogers..steak dan macam-macam lagi fast food yang lazat lagi berkolesterol ! kami cuma tahu makan nasik,nasik dan nasik...nasi goreng,nasik lemak ,nasik dagang,,,kalau nak lain sikit mee goreng atau behoon goreng...nak lagi glamour makan lah mee kari,laksa atau lontong...itu pun masa hari raya je...ayam? cuma ayam kampung yang atuk pelihara...telor pun telor ayam kampung..kami tak ada salad...cuma jelatah atau kerabu. Snek kami kerepek pisang,kerepek ubi,sukun dan juga keledek yang disagat sendiri dan bahan mentah itu semuanya ditanam sendiri. Dulu, kerajaan ada melancarkan 'projek buku hijau' di mana penduduk kampung di beri peluang menyertainya dengan membuka tanah baru dan bercucuk tanam apa yang mereka rasakan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Tok ayah ada meneroka sebidang tanah, ditepi sungai di hilir kampung, atuk pula bertanam padi huma atau padi bukit yang tidak memerlukan paya. Tanaman padi disulami dengan tanaman jagung,labu,bayam ,ubi,tebu,kacang tanah,kacang panjang,kunyit dan bermacam-macam lagi...paling tidak pun kami tidak perlu membeli keperluan tersebut kalaupun hasil tanaman tidak dijual. Antara sebabnya kami semua suka makan sayur ! kalau nak ikan hanya perlu hulurkan pancing di tepi danau...dapatlah sekali mengulai..semua itu buat angah terfikir,mengapa atuk sihat sehingga ke akhir hayat. Atuk tidak ada sakit seperti kami hidap sekarang...tidak ada diabates,darah tinggi dan panyakit yang seangkatannya...mungkin berkaitan dengan cara pemakanannya...minum air perigi...makan sayuran dan ikan yang tidak tercemar bahan yang beracun. Kini corak kehidupan di kampung angah banyak yang berubah...semua yang angah sebutkan itu sudah tidak ada...makanan segara pun ada dijual di sana...so,anak-anak sekarang cuma kenal berger dari jemput-jemput dan pizza dari lempeng....zaman dah berubah..kita pun berubah juga akhirnya...
Thursday, 1 May 2014
SUATU WAKTU DAHULU...
Angah update blog ni di waktu dinihari...melayan mata yang enggan terlena...nyanyian cengkerik cukup mendamaikan ..kalau dulu bunyi cengkerik dan unggas malam amat menakutkan...mangimbau kembali zaman kecil angah dulu...waktu maghrib semua anak kecil sudah masuk ke dalam rumah...berteman cahaya pelita yang meliang liuk di hembus bayu malam menyebabkan mata turut layu dek kesuraman cahaya...lepas mengisi perut sekadar yang ada..apa lagi masing-masing pun macari bantal untuk terus beradu berselimutkan kedinginan malam...tambahan pula terlalu banyak irama malam yang adakalanya mengasyikkan dan adakalanya menyeramkan...pekikan burung hantu dan burung pungguk saling bersahutan..seskali sang ungka melolong sayup dipinggir hutan. Kata tok ayah ungka terlihat pak belang lalu di bawah pohon tempat mereka beradu. Mungkin juga...seingat angah,banyak sudah burung malam yang tidak berbunyi lagi sekarang..kemana mereka? rindunya angah pada suasana dulu.kalau dulu terdengar bunyi burung 'kwang kwik' hampir semua kanak-kanak ketakutan tambahan pula dimomok-momokkan oleh orang tua-tua supaya kami tidur cepat. Kwang...kwik..kwik..kwik..kwik...bunyi yang memanjang dan sayup di atas pohon tinggi...disahut pula dengan suara burung hantu yang bagaikan menyergah bunyinya...berlatar belakangkan suara burung tukang yang tidak henti-henti berbunyi sejak dari senja....kesunyian malam terisi dengan suara alam yang saling bersahutan...akhirnya kami terlena dibuai mimpi.
Lena diulit mimpi akan menjadi mimpi ngeri bila terasa nak buang air...manakan tidaknya tandas nun jauh di belakang rumah ! aduhai...terpaksa mengejutkan orang lain untuk menunaikan hajat itu...berbekalkan pelita corong dan sekotak mencis menyusur ke belakang rumah dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur...antara 'hajat' dan ketakutan ...paling menyiksakan adalah orang yang diluar tandas yang menemani orang lain yang menunaikan hajat...yang menunaikan hajat sudah tentulah di dalam tandas..tetapi orang yang diluar menganggung siksa di dalam gelap dan suasana malam yang serba menakutkan...
Kami tidak ada tv mahupun radio ketika itu...selepas menyiapkan kerja sekolah kami pun tidur..yang pastinya kami akan berasa segar dan cergas keesokan hari kerana kami cukup tidur dan rehat ! tidak seperti anak sekarang,waktu tidur berkurangan..kalau tidak menonton tv...leka dengan handset..yang menyebabkan kurang tidur..maka di sekolah tidak dapat fokus dengan apa yang diajar..mengantuk dan lesu
Masa angah kecil..angah dan bebarapa orang sepupu angah tinggal di rumah atuk dan tok ayah. Maha Besar ALLAH..rumah atuk cuma beratap rumbia..berdindingkan kulit kayu kepong...berlantaikan papan..bila dinihari kami mengerikot kesejukan...Aircond semula jadi kurniaan Allah S.W.T..sejuk dan nyaman..manakan tidaknya di bahagian atas antara atap dan dinding tidak ditutupi dengan apa-apa..jagi angin malam menerobos masuk membawa kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang. Mak Nina (Sepupu mak angah) yang tinggal dengan atuk sejak kecil memang rajin mengemas rumah atuk..dinding kulit kepong tu Mak Nina tampalkan dengan surat khabar...jadi macam-macam berita boleh di baca sambil berbaring ! hahahaha....
Dan awal pagi kami dihiburkan dengan kokokan ayam dan nyanyian burung-burung pagi yang mendamaikan perasaan dan bayu pagi yang menyegarkan. Seingat angah..tok ayah suka mendi embun. Masa tu angah tidak pernah bertanya tok ayah kenapa dia sering berbuat begitu...agaknya kalau sekarang angah nak mandi embun macam tok ayah kena fikir 300 kali..sebab embun sekarang tidak sama dengan embun suatu ketika dahulu....confirm dapat sakit kulit kalau sekarang nak mandi embun...barapa banyak bahan kimia yang terlarut dalam embun yang menitis sekarang ini..
Wednesday, 30 April 2014
Rindu nak update blog...
Salam sejahtera semua....kesuntukan waktu buatkan Angah hilang ilham untuk blog Angah ni...walhal banyak sekali peristiwa yang hendak Angah kongsikan...nanti bila punya kelapangan Angah kongsikan dengan semua...ok bye ! Tak sabar nak tunggu Ramadhan menjelang...semoga Allah mengizinkan kita semua dapat bertemu Ramadhan sekali lagi dengan kesihatan yang baik..Amin..
Monday, 24 February 2014
Tahun 2014 bermula dengan kamarau panjang....
Tahun 2014 disambut dengan kemarau panjang...teringat Angah suatu masa dulu...musim kemarau menjadi musim pesta menuba ikan...dimana selain dari mendapat ikan yang banyak...ikatan ukhwah juga dilihat sangat rapat. Bermula dari mencari akar tuba hinggalah susu tuba dicurah ke sungai semua dilakukan dengan kerjasama oleh kaum adam di kampong kami, Sebaik sahaja susu tuba dicurahkan sorakan gembira kedengaran kerana sebantar lagi ikan pasti memenuhi raga...berebut-rebut menangkap ikan yang besar...merupakan saingan yang menyeronokkan...
Wednesday, 1 January 2014
Selamat Tahun Baru....2014
Beralih tahun bertambahlah umur kita...semoga kedatangan tahun baru memberikan sinar baru dalam kehidupan kita..dengan Hidayah Mu Ya Allah aku berharap aku serta seluruh keluargaku terutama Suamiku,ibubapaku khususnya anak-anakku dilindungi Allah dari segala perkara-perkara yang tidak diingini..dijauhkan Ya Allah dari godaan syaitan,fitnah dunia dan akhirat..tetap dan kuatkanlah iman kami semua dan semoga diampunkan Allah segala dosa kami dan dikurniakan kesihatan yang baik,akal fikiran yang waras dan kesejahteraan dunia dan akhirat..dan juga dimurahkan rezeki kami..Amin..Ya Allah.. MY LOVELY FAMILY AND ME....
Wednesday, 22 May 2013
RAMADHANKU....kenangan sepanjang zaman..
Rejab datang lagi,tak lama lagi Sya'ban pula bertamu dan kemudian In Sha Allah Ramadhan menjelang...Allahuakbar ! inilah saat-saat yang dinantikan oleh semua umat Islam. Banyak kenangan yang ingin Angah coretkan menjelang Ramadhan ni. Kalau dulu, di kampung Angah,bermulanya Rejab..kebanyakan orang tua-tua sudah mula berpuasa sunat,ibadah tersebut dipertingkatkan lagi bila menjelang Sya'ban dan apatah lagi dibulan Ramadhan. Petang sebelum diumumkan bermulanya tarikh berpuasa,kami berkumpul mendengar penumuman di radio. Bila diumumkan tak nampak anak bulan maka kami pun terlompat-lompat gembira..sebab esok boleh makan waktu siang lagi !..hehehe..itu waktu dulu,zaman kanak-kanak apalah yang kami tahu tentang fadhilatnya berpuasa dibulan Ramadhan.... . Hari pertama berpuasa,nak bangun sahur cukup 'siksa' punggung dah bangun tapi kepala masih atas bantal ! apalagi atuk Angah pun baca 'surah' pagi-pagi buta tu...makan sikit aje,tak lalu kononnya. Sebenarnya nak cepat pergi sambung tidur !. Paling Angah tak tahan atuk angah bangun seawal jam 3.30 pagi ! pukul 4.00 kejut kitorang makan...( nak nya kejut le kitorang kul 5.30 ke...kul 7.00 ke..hehehe....)Siangnya kuranglah nak bermain..takut kehausan,so,balik sekolah terus tidur..atuk tak marah sebab tau kitorang berpuasa..lagipun bulan puasa kami tak mengaji. Wan Hawa suruh kami ngaji kat rumah je...(tapi tak mengaji pun...) Al-Quran tu 'tidur' sampai lepas raya !!!. Suasana berpuasa di kampung Angah memang sangat seronok ketika itu,sebelum menjelang waktu berbuka kebanyakan orang2 tua pergi ke masjid. Mereka berbuka di sana alah kadar sahaja. Kemudian solat magrib seterusnya akan berterawih sebanyak 23 rakaat termasuk solat witir. selepas tu barulah mereka menikmati moray yang ada...meriahnya. Waktu tu Angah and the gang memang rajin ke masjid, solat moray namanya !!. Kami buat jugak Terawih tapi banyak yang tertinggal dari yang dibuat,ada-ada saja masalah kami,kejap ada yang terkentut dan buat2 pergi ambil wuduk..(sebenarnya saja nak tinjau apa moray yang ada...) nakal sungguh kami ketika itu. Angah ada sorang kawan...dah arwah pun..sambil sujud dia sempat bagi tau angah apa moray yang ada di belakang tabir ! hahahaha...agaknya orang tua-tua yang solat sebelah kami pun tak khusyuk..boleh dengar kami bercakap semasa sujud...seingat Angah masa kecil dulu musim buah-buahan masak dalam bulan puasa...fuhhh! siksa jiwa raga dibuatnya..tengok rambutan yang merah mmenyala,manggis yang tertonggok dalam bakul....sebelum berbuka perasaan tamak haloba pun sampai...ambik semua buah-buahan letak dalam satu bekas..takut orang lain akan makan. Bila dah berbuka..kena pulak minum air sirap selasih 4 - 5 gelas,apa pun tak boleh ! buah-buahan yang disimpan langsung tak diusik ! apa lagi atuk Angah pun membebel...buat muka seposen cabut pegi masjid ! . Bulan puasa memang bulan rahmat ..meriahnya kami dengan juadah yang sedekahkan oleh jiran..masak 1 jenis lauk.masak lebih sikit ,hantar rumah jiran..nanti jiran balas balik dan banyaklah juadah kami...seronoknya. Malam tujuh likur..saat paling meriah dalam sejarah hidup Angah...bermula malam tujuh likur..berbaris-baris pelita likur di pasang sepanjang jalan di setiap rumah ..dan mereka yang pulang dari terawih pun mudah untuk berjalan pulang..masa tu elektrik pun belum ada lagi...jadi pelita likur lah yang menerangi sepanjang perjalanan pulang...dah sampai malam tujuh likur...kami dah mula tuang ke masjid...leka pulak bermain bunga api yang masa tu belum diharamkan lagi. Harga bunga api pun baru sepuluh sen sebungkus.
Curi-curi makan ketika puasa? hahahaha....tentulah ada !. Bukan makan,tapi minum tu pun di sekolah agama petang...minum air kolah masjid ! masa tu tak terfikir pun air bersih ke tidak? air kolah tu cuma air hujan je..tetapi sedap sangat rasanya sebab tak tahan kehausan ! bila Ustaz Hamzah tanya "sapa yang tak puasa hari ni?',buat muka solehah je masih-masing,walhal segelen air kolah masjid dah masuk perut !..'bagusssss..jangan tak puasa atau tipu puasa...Allah Maha Mengetahui ! ' sambung Ustaz lagi sambil senyum (macam dia tau je kitorang dah teguk air kolah masjid tadi....hahaha...kelakar giler,kalau masa tu ada sakit kencing tikus..kitorang lah dulu yang kena..sebab kolah tu cuma tadahan air hujan yang ditutup rapi di atasnya..time berbuka buat2lah letih...makan pun tak lalu..sebab dah kembong minum air kolah masjid. Tapi bukan selalu buat tau ! sesekali je...sebab cuaca terlalu panas (ewahhhhh..cuaca la konon ! ). Ada satu peristiwa yang tak boleh Angah lupakan..ha.. ini kes Cik Seri Banun kita curik2 makan ! menyorok belakang pintu umah dia...kitorang nak ajak mandi sungai..tanya Aki Nok (ayah Cik Banun lah)dia kata Cik Banun tidur ( Cik Banun ni anak manja Aki Nok ! ) bila pegi belakang umah tengok dia sikit punya cantik menyuap...apa lagi kitorang sergahlah dia... maka tercampaklah pinggan nasinya lantas dia pun tersedak-sedak..dah confirm2 lah kitaorang kena marah ngan Aki Nok sebab kacau Cik Banun sampai tersedak2 !)..kami pun terus ke sungai buat muka sadin...hehehe...sampai di sungai maka terbarailah gelak kami semua..petang tu cik Banun tak jadi ikut kitorang mandi...malu kot..Angah pun pernah kantoi juga dulu..kantoi ngan atok...manakan tidaknya,petang tu atok buat lengkong (agar-agar) ,warna merah menyala...bergoyang-goyang pulak tu dalam talam (macam mintak dimakan je...) maka gugurlah iman Angah masa tu...apa lagi dengan lahapnyalah Angah makan lengkong tu..apa lagi kena sergahlah ngan atuk..maka lengkong pun meluncur masuk ke perut tanpa sempat dikunyah..hahaha..nasib baik lengkong...kalau benda lain confirm mati tercekik Angah masa tu...itu duluuuuuuuuu. masa kecik2 baru belajar nak puasa..
Bila dah remaja kuranglah Angah ke masjid berterawih...dah malu kononnya.! dah tak kisah nak g 'solat' moray lagi,di rumah sahaja.Masa tu Along dah pun kerja. Lela,Ijat dan Mie dah balik semula ke rumah mak dan ayah mereka. Tinggal Angah dengan adik Ita. Sepanjang Ramadan selepas Magrib..bersembang dengan Lela dan Jawa. Aduhai...rindunya pada saat-saat yang ditinggalkan...sesekali balik kampung terpandang rumah lama atuk...kenangan lalu kembali menerjah di hati..sebak terasa didada...rasanya tak mahu ku lepaskan semua kenangan itu...apakan daya masa terus meluru kehadapan tanpa menunggu sedetik pun terus membawa kenangan yang semakin jauh
Bila dah remaja kuranglah Angah ke masjid berterawih...dah malu kononnya.! dah tak kisah nak g 'solat' moray lagi,di rumah sahaja.Masa tu Along dah pun kerja. Lela,Ijat dan Mie dah balik semula ke rumah mak dan ayah mereka. Tinggal Angah dengan adik Ita. Sepanjang Ramadan selepas Magrib..bersembang dengan Lela dan Jawa. Aduhai...rindunya pada saat-saat yang ditinggalkan...sesekali balik kampung terpandang rumah lama atuk...kenangan lalu kembali menerjah di hati..sebak terasa didada...rasanya tak mahu ku lepaskan semua kenangan itu...apakan daya masa terus meluru kehadapan tanpa menunggu sedetik pun terus membawa kenangan yang semakin jauh
Subscribe to:
Posts (Atom)
