Tuesday 31 January 2017

Cerita si pokok durian

Setiap kali balik kampung..angah akan lalu di tepi jalan yang ada dua batang durian yang ditanam di pinggir jalan di kebun Long Besah.  Melihat pokok durian yang masih berdiri teguh di tepi jalan mengingatkan angah kepada seorang sahabat yang bernama Idah...

Satu petang ketika kami balik dari sekolah agama kami telah dikejar oleh seorang pemuda yang menaiki basikal.  Pemuda kampung kami ni memang selalu ganggu angah sejak dari angah kecil.  selalu menyakat angah..gelagatnya membuatkan angah meluat dengan sikapnya.  Tak tau apa yang dia suka sangat menyakat angah.  Di sebabkan itu angah sedaya boleh ingin mengelak dari bertembung dengannya.  Petang itu memang agak suram..cuaca mendung..angah dan Idah berjalan kaki untuk balik ke rumah masing-masing.
Waktu tu angah dan mak serta adik angah tinggal di rumah peninggalan arwah ayah angah yang dibina di atas tanah arwah Tok Ayah...rumah tu aga jauh dari sekolah dan terpencil sikit..rumah Idah jauh sedikit dari rumah angah..tapi kami satu jalan.  Masa berjalan balik kami terdengar bunyi basikal..sudah pasti kami tahu siapa penunggangnya...perasaan takut mendorong kami menyorok di dalam semak di tepi jalan..dlam keadaan cemas Idah berbisik ke telinga angah.."Moon..kalau kita dok bawah nanti dia boleh tangkap kita.." tubuh angah
mula mengigil ketakutan.."abis tu kita nak nyorok kt mana?" jawab angah..
"jom panjat pokok durian ni..kita dok tinggi-tinggi,,dan diam..nanti kita boleh nampak dia dari atas"..tanpa berfikir panjang kami berdua pun memanjat pokok durian yang agak tinggi dan merimbun..dek kerana takut ,angah tak pasti macamana ligatnya angah memanjat ..tau-tau dah ada atas pokok..kami panjat pokok yang berlainan...sorang sebatang..sampai dipuncak tinggi.kami duduk diam-diam sambil memerhatikan pemuda tadi yang berpatah balik bila melihat kami tak ada ..

Pemuda itu lalu di bawah pokok durian tempat kami bersembunyi..sambil mengayuh basikal dia memerhatikan kawasan keliling semak..kami yang di atas pokok durian  macam mahu pengsan rasanya..dia berhenti sekejap sambil bersiul-siul kecil..Allah saje yang tahu...hati kami masa tu.. selepas memerhatikan kawasan sekeliling di bawah pokok durian..pemuda itu pun mengayuh perlahan basikalnya...Alhamdulillah..dia tidak sedikit pun mendongak ke atas pokok...dia pun berlalu pergi...kami memerhatikannya dari atas pokok sehingga bayang pemuda itu tidak kelihatan lagi...selepas itu baru kami sedar bahawa pokok durian itu teramatlah tingginya....apa lagi mengigil kaki di buatnya...." Idah....macam mana nak turun..." ..Idah memandang wajahku
"Entah lah..aku pun takut..."..kami saling berpandangan...nak menangis pun ada...naik boleh turun tak boleh...ah..sudah..

Kami terpaksa turun jugak kerana hari dah semakin gelap..peluk batang durian tu kuat-kuat dan mengelongsor perlahan-lahan...habis baju sekolah kami kotor..balik rumah apa lagi..kena marah lah..dahlah lambat..baju pulak kotor..

Dulu..setiap kali jumpe Idah..kami akan tergelak sakan bila teringat kisah kami dan pokok durian tu...sekarang dah terlalu lama angah tak jumpe Idah...Idah di Kuala Lumpur...sudah berkeluarga di sana..rindu jugak nak bercerita dengan Idah..

Sekarang ni..bila angah balik kampung..singgah ke rumah Laila anak Long Besah..angah tanya pasal pokok durian tu...pokok yang dah tua..menurut Laila pokok tu tak pernah berbuah...hahahahah...kenapa ek?...kesumpahan dipanjat dek anak dara agaknya..angah tersenyum sendirian...hai..mana lah pemuda itu sekarang ye...dengar dah bercucu...dan  khabarnya anaknya dinamakan sempena nama timangan angah dikampung dulu...maaflah ye..bukan angah memilih..masa tu angah tak boleh nikah awal-awal sangat..angah ada mak untuk angah jaga dan tanggung...angah ada adik yang masih sekolah...angah perlu utamakan kerjaya angah..kini angah juga sudah berkeluarga..Alhamdulillah angah dikurniakan seorang suami yang baik..yang boleh terima mak angah seadanya..dikurniakan 3 orang puteri yang menjadi kesayangan angah suami isteri..

Agaknya sampai bila pokok durian tu x nk berbuah ye....hahaha...kesiannya dia..



No comments:

Post a Comment