Semalam adalah kenangan Hari ini adalah kenyataan ....dan esok adalah harapan
Friday, 30 May 2014
SUATU KETIKA DULU....MUSIM BUAH-BUAHAN
Pernah rasa mempelam kampung tak? rasanya masam-masam manis walaupun sudah masak. Sewaktu angah masih bersekolah dulu,selalu juga ambil mempelam ditepi padang sekolah. Jamal bin Jamil,seorang sahabat yang selalu tolong panjatkan mempelam tu. " kumpul dulu nanti kita bagi sama-sama" pesan jamal sebelum mula memanjat. Bila berada atas pokok mempelam,Jamal mula mengegar dahan mempelam menyebabkan buah-buah yang telah masak berguguran. Tugas angah dan Norliah Kadir mengutip dan mengumpulkan buah-buah tersebut. Sambil mengumpul angah pun memasukkan buah yang baik2 dan masak ranum ke dalam beg,bila Jamal turun mengira semua buah yang ada kemudian di bahagi kepada 3 bahagian angah ambil lagi..hmmmm tukang panjat dapat 1 bahagian dan tukang mengumpul pulak untung sekali ganda ! kesian Jamal ! rupanya Norliah pun sama manyembunyikan buah mempelam sama seperti angah....hahaha..itu masa kami kecil...rasa tamak tidak dapat dielakkan...maafkan kami Jamal...kalau kau tau masa tu...pasti kami hanya dapat pandang je mempelam yang masak...mati balik hidup pun Jamal tidak akan tolong panjatkan...
PERNAH JATUH DARI POKOK MANGGIS !
Rasa macam mimpi! tau-tau je dah sampai ke tanah...pagi tu angah dengan sepupu mak yang umurnya sebaya angah panjat pokok manggis di belakang rumah Tok Bik jiran angah. Sebaik sahaja terlihat buah2 yang telah masak bergayutan di hujung dahan angah lupa dunia kejap. Tak hingat..petik buah sehingga lupa bahawa kita ni tak ada kaki yang boleh mencengkam atau ekor yang boleh berpaut ! maka angah pun gugurlah ke bumi. Sepupu mak, Lok, pun terperanjat beruk!...semuanya berlaku sekelip mata..." aku ni jatuh ke Lok?" sebuah pertanyaan bodoh terlontar dari mulut angah dalam keadaan panik . " Takkk kan ke kau turun elok2 tadi.." jawab Lok selamba..."eh bukan ke aku naik kapal terbang tadi" jawabku sambil tergelak besar... "ye la..memang kau naik kapal terbang..tapi dah langgar pokok manggis ni" kami tergelak di bawah pokok manggis walaupun punggung angah rasa macam dah remuk dek sakitnya.
BUAH RAMBAI PUNYA CERITA......
Pernah makan buah rambai?.....ha..buah ni memang angah fobia nak makan sehingga kini..takut sekali. Masa angah sekolah rendah dulu memang suka makan buah rambai..dah tak ada pilihan lain.. itu aje yang ada..anggur,apple,laici semua itu hanya dalam mimpi orang yang tak punya seperti kami. Arwah Tok Ayah memang rajin mencari buah-buah nadir yang ada di hutan sekeliling kampung kami. Selalu juga Tok Ayah bawa balik buah Tampoi,rambai,keranji dan beberapa jenis buah yang lain yang angah pun dah lupa namanya.Berbalik pada cerita buah rambai tadi..musim rambai datang lagi..telan rambai banyak-banyak lepas tu berlari,melompat..main kejar-kejar. Al kisahnya,malam tu rasa nak ke tandas..tandas pula jauh di belakang rumah,terpaksalah ditemankan oleh sepupu angah temasuklah Cik Lok tadi...malangnya hajat tak sampai sebab 'orang dalam ' susah nak keluar,,biarpun perut memulas giler ! sampai meleleh airmata tapi tetap tak nak keluar..cuba paksa keluar ..maka tercederalah ..sejak itu angah tak pernah nak sentuh buah yang bernama rambai tu lagi..siksa nak buang hajat !
Sunday, 25 May 2014
KENANGAN LAGI....
Berjaga lagi tengah malam ni...sebab tunggu air yang sejak pagi tadi terputus bekalan...tanpa amaran bekalan air terputus..maka tunggang terbalik lah rumah angah hari ini...berjaga malam ini perut pun minta diisi lagi...
Sebut pasal makan ni..sekarang ni terlalu banyak makanan yang disumbatkan ke dalam perut kita...sehingga mengundang pelbagai jenis penyakit. SUATU MASA DAHULU...makanan tidak lah kekurangan tetapi DUITNYA yang kurang...kuasa untuk membeli tu yang menjadi masalahnya...maka,makanlah kami apa yang ada di sekeliling dan apa yang termampu sahaja.
Sebut mengenai makanan...dulu angah tidak pernah tau apa itu pizza,fried chicken...kenny rogers..steak dan macam-macam lagi fast food yang lazat lagi berkolesterol ! kami cuma tahu makan nasik,nasik dan nasik...nasi goreng,nasik lemak ,nasik dagang,,,kalau nak lain sikit mee goreng atau behoon goreng...nak lagi glamour makan lah mee kari,laksa atau lontong...itu pun masa hari raya je...ayam? cuma ayam kampung yang atuk pelihara...telor pun telor ayam kampung..kami tak ada salad...cuma jelatah atau kerabu. Snek kami kerepek pisang,kerepek ubi,sukun dan juga keledek yang disagat sendiri dan bahan mentah itu semuanya ditanam sendiri. Dulu, kerajaan ada melancarkan 'projek buku hijau' di mana penduduk kampung di beri peluang menyertainya dengan membuka tanah baru dan bercucuk tanam apa yang mereka rasakan boleh meningkatkan ekonomi mereka. Tok ayah ada meneroka sebidang tanah, ditepi sungai di hilir kampung, atuk pula bertanam padi huma atau padi bukit yang tidak memerlukan paya. Tanaman padi disulami dengan tanaman jagung,labu,bayam ,ubi,tebu,kacang tanah,kacang panjang,kunyit dan bermacam-macam lagi...paling tidak pun kami tidak perlu membeli keperluan tersebut kalaupun hasil tanaman tidak dijual. Antara sebabnya kami semua suka makan sayur ! kalau nak ikan hanya perlu hulurkan pancing di tepi danau...dapatlah sekali mengulai..semua itu buat angah terfikir,mengapa atuk sihat sehingga ke akhir hayat. Atuk tidak ada sakit seperti kami hidap sekarang...tidak ada diabates,darah tinggi dan panyakit yang seangkatannya...mungkin berkaitan dengan cara pemakanannya...minum air perigi...makan sayuran dan ikan yang tidak tercemar bahan yang beracun. Kini corak kehidupan di kampung angah banyak yang berubah...semua yang angah sebutkan itu sudah tidak ada...makanan segara pun ada dijual di sana...so,anak-anak sekarang cuma kenal berger dari jemput-jemput dan pizza dari lempeng....zaman dah berubah..kita pun berubah juga akhirnya...
Thursday, 1 May 2014
SUATU WAKTU DAHULU...
Angah update blog ni di waktu dinihari...melayan mata yang enggan terlena...nyanyian cengkerik cukup mendamaikan ..kalau dulu bunyi cengkerik dan unggas malam amat menakutkan...mangimbau kembali zaman kecil angah dulu...waktu maghrib semua anak kecil sudah masuk ke dalam rumah...berteman cahaya pelita yang meliang liuk di hembus bayu malam menyebabkan mata turut layu dek kesuraman cahaya...lepas mengisi perut sekadar yang ada..apa lagi masing-masing pun macari bantal untuk terus beradu berselimutkan kedinginan malam...tambahan pula terlalu banyak irama malam yang adakalanya mengasyikkan dan adakalanya menyeramkan...pekikan burung hantu dan burung pungguk saling bersahutan..seskali sang ungka melolong sayup dipinggir hutan. Kata tok ayah ungka terlihat pak belang lalu di bawah pohon tempat mereka beradu. Mungkin juga...seingat angah,banyak sudah burung malam yang tidak berbunyi lagi sekarang..kemana mereka? rindunya angah pada suasana dulu.kalau dulu terdengar bunyi burung 'kwang kwik' hampir semua kanak-kanak ketakutan tambahan pula dimomok-momokkan oleh orang tua-tua supaya kami tidur cepat. Kwang...kwik..kwik..kwik..kwik...bunyi yang memanjang dan sayup di atas pohon tinggi...disahut pula dengan suara burung hantu yang bagaikan menyergah bunyinya...berlatar belakangkan suara burung tukang yang tidak henti-henti berbunyi sejak dari senja....kesunyian malam terisi dengan suara alam yang saling bersahutan...akhirnya kami terlena dibuai mimpi.
Lena diulit mimpi akan menjadi mimpi ngeri bila terasa nak buang air...manakan tidaknya tandas nun jauh di belakang rumah ! aduhai...terpaksa mengejutkan orang lain untuk menunaikan hajat itu...berbekalkan pelita corong dan sekotak mencis menyusur ke belakang rumah dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur...antara 'hajat' dan ketakutan ...paling menyiksakan adalah orang yang diluar tandas yang menemani orang lain yang menunaikan hajat...yang menunaikan hajat sudah tentulah di dalam tandas..tetapi orang yang diluar menganggung siksa di dalam gelap dan suasana malam yang serba menakutkan...
Kami tidak ada tv mahupun radio ketika itu...selepas menyiapkan kerja sekolah kami pun tidur..yang pastinya kami akan berasa segar dan cergas keesokan hari kerana kami cukup tidur dan rehat ! tidak seperti anak sekarang,waktu tidur berkurangan..kalau tidak menonton tv...leka dengan handset..yang menyebabkan kurang tidur..maka di sekolah tidak dapat fokus dengan apa yang diajar..mengantuk dan lesu
Masa angah kecil..angah dan bebarapa orang sepupu angah tinggal di rumah atuk dan tok ayah. Maha Besar ALLAH..rumah atuk cuma beratap rumbia..berdindingkan kulit kayu kepong...berlantaikan papan..bila dinihari kami mengerikot kesejukan...Aircond semula jadi kurniaan Allah S.W.T..sejuk dan nyaman..manakan tidaknya di bahagian atas antara atap dan dinding tidak ditutupi dengan apa-apa..jagi angin malam menerobos masuk membawa kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang. Mak Nina (Sepupu mak angah) yang tinggal dengan atuk sejak kecil memang rajin mengemas rumah atuk..dinding kulit kepong tu Mak Nina tampalkan dengan surat khabar...jadi macam-macam berita boleh di baca sambil berbaring ! hahahaha....
Dan awal pagi kami dihiburkan dengan kokokan ayam dan nyanyian burung-burung pagi yang mendamaikan perasaan dan bayu pagi yang menyegarkan. Seingat angah..tok ayah suka mendi embun. Masa tu angah tidak pernah bertanya tok ayah kenapa dia sering berbuat begitu...agaknya kalau sekarang angah nak mandi embun macam tok ayah kena fikir 300 kali..sebab embun sekarang tidak sama dengan embun suatu ketika dahulu....confirm dapat sakit kulit kalau sekarang nak mandi embun...barapa banyak bahan kimia yang terlarut dalam embun yang menitis sekarang ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)